Forum Guestbook Contact

Menu

 
::Artikel::>::2002::>::AlbumADA::

Pelancaran Album ADA

Kumpulan Exists bakal muncul dengan album terbaru yang menampilkan kematangan mereka setelah sepuluh tahun bergelar artis.

Mereka juga selesa menerbitkan sendiri album berjudul Ada itu dengan diberi kebebasan sepenuhnya daripada syarikat rakaman NAR setelah keluar dari syarikat BMG Music.

Kebebasan yang diberikan membuatkan mereka mampu menghasilkan lagu mengikut kreativiti sendiri.

``Walaupun menghasilkan corak lagu yang kami suka, kami juga tidak abaikan lagu sebagaimana yang peminat kehendaki,'' kata ketua kumpulan itu, Musa.

Mereka menghasilkan lagu yang menjurus kepada lagu-lagu pop British dan pop bebas yang kedengaran agak berlainan dengan lagu terdahulu mereka.

``Kami ingin menampilkan kematangan kami dalam bidang muzik sebeb itu memilih melakukan perubahan,'' katanya.

Apatah lagi konsep sedemikian digemari oleh peminat sekarang, ujar penyanyi utamanya, Ezad pula.

Mereka tetap tidak melupakan lagu-lagu sentimental sebagaimana lagu-lagu Exists yang terdahulu, ujarnya.

Mereka hanya memilih dua buah lagu ciptaan komposer luar dan lapan buah lagu-lagu ciptaan sendiri.

Album tersebut melalui proses rakaman yang paling lama berbanding empat buah album terdahulu, jelas Along pula.

Mereka begitu teliti menghasilkan album itu kerana telah tiga tahun tidak muncul dengan album baru.

Kali terakhir Exists muncul dengan album berjudul Mutan yang diedarkan oleh BMG pada tahun 1998.

Ditanya kemungkinan album mereka menghadapi masalah sekiranya pihak BMG mengambil tindakan undang-undang, Musa berkata mereka telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

``Kami telah bersedia dengan pihak peguam sekiranya BMG mengambil tindakan,'' jelas Musa lagi.

Walaupun mengakui proses tindakan mahkamah bukanlah sesuatu yang diinginkan namun sekiranya terpaksa berhadapan mereka sedia menjawabnya.

Musa berkata tempoh kontrak mereka dengan BMG telah tamat walaupun jumlah album yang sepatutnya dirakamkan berkurangan.

Sementara itu lagu Jesnita yang mula diperdengarkan di corong radio mendapat sambutan menggalakkan dari peminat kumpulan itu.

 

 

 
Hosted by www.Geocities.ws

1