Preview of the books by AFAZEER Electronic Documentation

 
Order Form by FAX
Payments  by ATM Transfer
BOOKS GALLERY
FREE by Optional Charity
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peace be upon you! Thank you and welcome to this sneak preview of the books "Islamic Financial Planning and Wealth Protection through Takaful Products" and "Buku Takaful" (written in Bahasa Malaysia with Arabic quotes from the Holy Qur'an) We have pledged, for every RM50 collected for either of these books. RM5 or 10% of the proceeds is channeled to the ALM Foundation. In this "Sneak Preview" you will find at random the various issues brought up in the book.

All titles are in e-book format ("exe" - executable files) exclusive to e-Takaful dot biz. Each title is RM50 on the retail market. 10% or RM5 will go to the ALM - Alif Lam Meem Foundation. 

 

DEFINISI TAKAFUL

Kata dasar bagi perkataan ‘takaful’ ialah ‘kafala’ yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana ‘takaful’ merupakan katanama yang  berasal daripada kata kerja ‘takafala’ maka ianya bererti  ‘saling menjamin’, ‘saling menjaga’ dan ‘saling memelihara’. Banyak lagi maksud bagi perkataan ‘takaful’ tetapi perbincangan di sini hanya difokuskan kepada maksud yang berkaitan dengan perlindungan sesuai dengan konsep insurans yang diamalkan. Tafsiran syara' ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.

·         Takaful mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.

·         Ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".

Di dalam al-Quran terdapat perkataan-perkataan ‘kafala’ dan ‘yakfulu’ yang memberi makna ‘memelihara’ atau ‘menjaga’. Sebagai contoh, Allah S.W.T. berfirman:

Maksudnya:  “Maka Tuhannya menerima ia sebagai nazar dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakaria pemeliharanya (penjaganya) …”              

(Surah Ali-cImran: 37)

Dalam ayat yang lain, Allah S.W.T. berfirman:

Maksudnya: “Dan Kami cegah Musa daripada menyusu kepada perempuan-perempuan yang mahu menyusukannya sebelum itu; maka berkatalah saudara  Musa; ‘Mahukah kamu aku tunjukkan kepadamu ahlul bait yang akan memeliharanya untukmu, dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?’’ 

    (Surah Al-Qasas: 12)

 

Maksudnya: Peristiwa yang demikian ialah sebahagian daripada berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan kalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam).

(Surah ali-‘Imran:44)

Pada hakikatnya, Insurans tidak dapat menghalang sesebuah rumah daripada dijilat api atau menghalang kereta daripada ditimpa kemalangan. Namun begitu, insurans sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko kerugian yang dialami selepas berlakunya bencana dengan bayaran premium tertentu. 

Oleh itu, Takaful bolehlah diertikan sebagai satu perjanjian yang dibuat di antara ramai orang dengan sebuah syarikat atas dasar untuk menggantikan kerugian yang akan dialami selepas berlakunya bencana dengan bayaran premium yang tertentu

AGENTS WANTED Agents (Insurance and Ustaz) are encouraged to sign up as agents to market these electronic books. Kindly send your resume  email us.
READY TO PURCHASE PLEASE CLICK HERE (FOLLOW THE GUIDE)
Hosted by www.Geocities.ws

1