[ Laman Utama | Satulaman | Soal Jawab | Senarai E-mail | Artikel | AST | Laman Lain | Siapa ?]
[ PORTAL ]
English site please visit http://www.abuse.net
Assalamualaikum,
Email sampah adalah masalah Internet yang utama sekarang. Kenapa email sampah atau SPAM ini ditentang ?.
Email sampah adalah email yang dihantar kepada seseorang tanpa keizinannya, atau ia dipaksa untuk memasuki sesuatu senarai email dan kemudian menerima email yang pelbagai tajuk, yang selalunya tiada berkaitan dengan tujuan ia memasuki senarai itu.
Perkara ini semakin serius bila, alamat email kita didapatkan dengan pelbagai cara, melalui laman yang kita sertai, melalui laman simpanan email dan juga melalui email-email yang kita hantar. Semua ini dilakukan tanpa pengetahuan kita dan diambil tanpa keizinan kita.
Apa yang dilakukan ini adalah pelanggaran kepada hak peribadi individu, dimana data-data peribadi kita sepatutnya dilindungi daripada digunakan sebagai barangan dagangan.
Senarai-senarai alamat email ini akan dikumpulkan dan digunakan. Mereka juga menjual senarai email ini kepada mereka yang berminat yang selalunya adalah mereka yang mahu menghantar email sampah.
Kepada kita yang mungkin hanya menerima 1 atau 2 email sampah sehari tidak megapa. Tidak bagi pengawal sistem dan pelayan email. Oleh kerana senarai email pembuat email sampah ini besar. Beribu-ribu alamat email. Maka apabila email dihantar, beribu-ribu email akan dihantar ke dalam Internet. Yang akan menyesakkan talian dan juga pelayan-pelayan email terbabit.
Ini akan meyebabkan pelayan email menjadi perlahan dan lembab. Email-email yang beribu ini akan memakan ruang cakera keras yang ada dan boleh menyebabkan pelayan email tidak berfungsi terus.
Sikap mereka yang menghantar email sampah ini, jika tidak disekat, perbuatan mereka akan bertambah berani, menghantar beberapa banyak email kepada beribu-ribu alamat email dalam jangka masa yang terdekat. Ini akan menyebabkan Internet tumbang.
Adalah juga diperhatikan kebanyak email sampah ini, adalah mengandungi kandungan yang bertentangan dengan undang-undang dan budaya kita. Ada email sampah, megajak melawat laman prono dan ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Ada juga email penipuan skim cepat kaya dan piramid. Semuanya boleh cepat kaya hanya dengan membalas email.
Sertai menentang email sampah.
Lawat laman ini http://www.cauce.org/
Ini adalah laman menentang email sampah barat, sebagai rujukan permulaan
kita.
Sertai juga senarai email perbincangan email sampah di http://groups.google.com.my/group/hafnie atau dengan menghantar email kosong kepada [email protected]
Membuat laporan.
Bagi kita yang mahu membuat laporan email sampah. Boleh sampaikan email
tersebut kepada 2 alamat ini.
(Gunakan Forward as attachment).
(a) Yang disediakan oleh http://www.spamcop.net. Hantar kepada alamat email [email protected]
(b) Disediakan oleh SPAM Recycling Center. http://www.chooseyourmail.com/spamindex.cfm
Panjangkan email sampah kepada [email protected]
Sumber rujukan lain.
(a) http://www.junkbusters.com
(b) http://spam.abuse.net
(c) http://www.ybecker.net/pink/
(d) http://www.webring.org/cgi-bin/webring?ring=spamprotest;list
(e) Hantarkan email kosong kepada [email protected]
Pakatan untuk menghadapi email-email sampah masih baru di Malaysia. Laman ini adalah sebagi permulaan.
Wassalam.
06 Jun 2000.