| Ilmu
-
Macam-macam
Renungan
Untuk Para Isteri
Petikan
ini diterima dari seorang sahabat. Tidak dapat dipastikan kesahihan sumbernya.
Wallahualam
bissawab.
Petikan
tersebut:
Kisah
ni agak panjang sedikit.
Anyway,
take Ur time b'coz it really2 good story.
Lama
benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih tujuh tahun
sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah,
apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu seronok.
"Eh,
makin kurus nampak. Diet ke ?" kata saya setelah mempersilakannya duduk.
"Tak
adalah... biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah,
kokurikulumlah, sukanlah... badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang,"
balas Arifin.
"Tengok
ni ustaz, baju pun dah menggelebeh.Seluar pun longgar," tambah Arifin sambil
menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya
baju yang di pakai.
Selepas
bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang
hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada hajat
yang hendak di sampaikan.
"Orang
rumah saya sakitlah, ustaz ", kata Arifin.
"Patutlah
aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak tak hendak. Sakit
apa?" saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian
meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi. Setelah itu disorotnya
mata saya dalam-dalam.
"Entahlah..."
katanya perlahan, "lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh.
Di kaki,
paha,
perut, dibelakang... penuh dengan lepuh macam orang terkena air panas,
" kata Arifin.
Tambah
kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya , Niza, ke serata hospital
dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doctor tidak dapat melegakan penyakitnya.
"Sakit
apa, doctor pun tak tau," tambahnya.
"Dah
pergi berubat kampung ?" saya bertanya.
"Dah,tapi
macam biasalah...bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh kawasan orang
bunian., sampuk... macam-macam lagi. Duit banyak habis, masa terbuang,
tapi sakitnya takjuga sembuh," jelas Arifin.
Malah,
kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh
isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah
murung, kusut
"Itu
masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, setelah beberapa
lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil macam
katak puru," tambah Arifin.
Akibatnya,
sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat sembab,
seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil
kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka. Di sebabkan
penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak
mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk
berhadapan dengan kawan sepejabat. Memang ada yang bersimpati tapi ada
juga yang mengejek. Kebanyakkannya menyindir di belakang , tapi ada juga
yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya
secara
berhadapan. Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah.
Sehelai
demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai
menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya
itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita
berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin
banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya
juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi
darah beku.
"Tiap
hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa
dia, bukan orang lain ? Apa salah dia ? Kasian betul saya tengok," kata
Arifin. Wajahnya sayu
"Hidup
kami pun jadi tak terurus macam dulu".
Di
sebabkan doctor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa
isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di
habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak
dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.
"Sekarang
ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung,
meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba
sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,"tambah Arifin.
"Insya-Allah...."Balas
saya.
Tapi
saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan
pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat
membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan
segala yang terbuku di hati.
"Apa
yang dia cakap masa meracau tu ?"
"Macam-macam
ustaz... tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya
kenapa?. Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah... orang dah sakit
memang macam tu," kata Arifin.
Saya
Cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang
lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk kerumah Arifin
pada malam esoknya.
"Datang
ya, ustaz . Saya tunggu,"katanya sambil mengangkat punggung.
Dia
kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan,
saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
"Jemput
masuk ustaz," Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.
"Dia
baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang
rumah saya ni sensitif sikit," bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.
Sebaik
pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring
mengiring mengadap ke dinding.
Za...
ni Ustaz Nahrawi datang," kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya.
Dengan lemah, Niza menoleh. Masya-Allah memang keadaan Niza sangat menyedihkan
. Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok
ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti
bongkah
batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan
kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza Cuma tersenyum
tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya,
saya panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan
suara separuh berbisik, saya bertanya; "Pin ,saya nak tanya sikit, tapi
sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung ".
"Tak
adalah ,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah," jawab Arifin.
"Err,...dari
mana datangnya bau yang..." soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya.
Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.
"Ooo...
mmm, dari alat sulit dia," kata Arifin perlahan.
"Keluar
lendir bercampur nanah." Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana
tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya
tentang hal-hal yang
seperti
itu.
Sebelum
kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di
timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada
melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya,
adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
"Sudah
ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah."
"Kalau
macam tu, baguslah,"kata saya.
Setelah
merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta
diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka
supaya bersabar dengan ujian Allah.
"
Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh," kata saya sebelum meninggalkan
rumah Arifin.
Sudah
ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara
ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian.
Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya. Memang benar.
Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap
dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi. Sebelum
pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke
hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya.
Nasihat
saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali
ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.
"Ustaz,"
katanya, " sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu"
"Kenapa?"
pantas saya bertanya.
"Sejak
dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya".
Arifin menyambung ceritanya;
Malam
itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah
mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah
haid dan air maninya ke dalam makanan saya.
Saya
tanya "kenapa?" Dia jawab , supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan
lain.
"Tambah
saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang
kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya di tundukkan
dengan ilmu hitam."
Saya
tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira
lah semasa saya bertugas diluar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia
telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.
"Niza
sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan
mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap buat hubungan seks.
Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.
Dia
minta saya maafkan." Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri,
racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya
jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut
nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan...." Kata Arifin tanpa
sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.
Tidak
saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang
sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi
bahasa pun elok.
"Kalau
sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia," kata saya. Selain
itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi. Kata
saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana
dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih
dahulu.
"Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala
pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan
lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan
sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak
relakan
saja dia pergi.
Saya
tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa."
"Ampunkan
dia ?" Arifin bertanya balik.
"Dia
dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu
sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia ?" tingkah Arifin dengan
suara yang agak keras. Mungkin dia terkejut.
"Ya...
dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala," jelas saya. Saya terus
memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas
itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik
Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal
dengan mudah.
"Takkan
awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia ? Maki dia? Tak ada
gunanya... Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas," jelas
saya. Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan
supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun
qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.
"
Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat," kata saya. Seminggu kemudian
Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah
meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari
kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia
lihat isterinya tidak bernyawa lagi.
"Tapi
alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali
lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan
saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya
untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya.
Ustaz, saya dah ampunkan dia."Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah
busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu
sehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada
wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah
dalam memilih isteri, jgn pandang hanya pada rupa......
RASIONAL
TANPA EMOSI-KAKU... EMOSI TANPA RASIONAL-GILA...
-------Petikan
tersebut tamat disini.
Muka
Depan | Ilmu | Macam-macam |