| Ilmu
-
Macam-macam
Iman
Semt Vs Iman Manusia
Petikan
emel dari seorang sahabat. Mari kita renungkannya bersama.
Wallahualam
bissawab.
Petikan
tersebut:
01/07/05
10:27
Di
zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman
nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa
hairan bagaimana semut ini hendak> hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah
padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun
bertanya
kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk
kamu".
Semut
pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH,
aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki
untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa
banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana
engkau makan dalam sebulan?"
Jawab
semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi
Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum
sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah
Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan
ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh> dalam bekas
dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan
sebiji gandum selama satu bulan.
Bila
cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan
setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji
gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab
semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak> berbohong, kalau aku ada di atas
batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum
sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada
Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku
dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak
percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan
dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah
Iman Semut!!
Iman
Manusia??
Di
zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur
orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila
ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu.
Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur
untuk tanam mayat.
Sebaliknya
apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar
Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.
Dia
nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir.
Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya
Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja
yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih
ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat
Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya
bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan
dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah
iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Kata
Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA
ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN,
HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".
-------Petikan
tersebut tamat disini.
Muka
Depan | Ilmu | Macam-macam |