ZAMAN NARA DAN HEIAN (710-1185
MASIHI)
-
Perhubungan dengan Korea dan
China:
-
sangat penting conohnya kemasukan
tulisan China.
-
Penggunaan rasmi tulisan ini
pada kurun kelima.
-
Orang Korea yang menetap di
Jepun terdiri daripada tukan yang mahir seprti pekerja logam dan pakar
daoam menternak ulat sutera.
-
Pada kurun ke-6, 100 000orang
Korea dan Cina dari Manchuria lahir di Jepun.
-
Permulaan kurun ke 8, sepertiga
keluarga bangsawan Jepun mengaku diri mereke keturuna Korea atau Cina.
-
Agama Buddha:
-
sampai ke Jepun kira2 pertengahan
kurun ke 6.
-
Agama Buddha tidak pernah menggantikan
agama Shinto.
-
Orang2 Jepun menganut kedua2
agama tersebut sehingga sekarang.
-
Mereka mendakwa bahawa dewa2
Shinto adalah Bohisattvas.
-
Agama Buddha mendapat sokongan
besar dari suku Soga.
-
Penghujung kurun ke 6 agama
Buddha telah berkembang dengan sokongan Putera Shotoku (Putera Mahkota
Shotoku), pemerintah sebenar ialah Maharani Suiko.
-
Agama Shinto:
-
lebih bersifat keindahan atau
perasaan daripada besifat akhlak.
-
Agama Shinto lebih mengutamakan
upacara melebihi kebaikan atau moral.
-
Upacara tertua ialah upacara
bersuci.
-
Walaupun mereka mendakwa upacara2
itu mengandungi tingkatan akhlak atau moral, tidak pernah tumbuh satu kumpulan
moral atau kebaikan atau falsafah pemikiran.
-
Ajaran Kung Fu Tze:
-
diterapkan dalam Artikel 17
iaitu sekumpulan arahan etika yang diisytiharka oleh Putera Shotoku dalam
tahun 604 Masihi.
-
Putera shotoku berkata: 'Pentaebiran
hal-ehwal negara tidak dapat dicapai jika tidak berdasarkan atas pengetahuan
dan sumber2 dari ilmu dan ajaran Kung fu tze, Buddha dan Shinto.
-
Isi kandungan Artikel 17, 604
Masihi:
-
Keamanan perlu dipelihara dan
segala bentuk kejahatan perlu dijauhi.
-
Menghormati tiga perkara utama
iaitu agama Buddha, hukum2nya serta ajaran2nya.
-
Rakyat perlu mematuhi segala
arahan yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah tanpa sebarang bantahan.
-
Menteri2 dan pegawai2 pemerintah
perlu sentiasa menjaga tingkah laku kerana mereka merupakan golongan pemimpin
yang harus menjadi contoh dan tauladan yang baik kepada rakyat.
-
Menghidari diri dari perasaan
tamak dan melarang kepada perkara kemungkaran.
-
Menyeru kepada jalan kebajikan
dan melarang kepaea perkara kemungkaran.
-
Menyerahkan kepada masyarakat
untuk menentukan dan melaksanakan tanggungjawab mereka. Pihak
pemerintah tidak boleh meletakkan masyarakat di bawah tanggungjawab persekitaran.
-
Menggalakkan menteri2 dan pegawai2
kerajaan untuk datang awal dan balik lewat dari tugas.
-
Kepercayaan baik merupakan asas
kebenaran.
-
Menahan diri daripada perasaan
marah atau menunjukkan muka yang marah kepada orang lain. Jangan bertelingkah
dengan orang yang tidak sependapat dengan kita.
-
Menentukan dengan jelas antara
perkara yang baik dan buruk serta memberi pengiktirafan dan hukuman mengikut
landasan yang betul.
-
Jangan membiarkan ketua2 bahagian
memungut cukai dari rakyat kerana sesebuah negara tidak ada dua orang pemimpin
yang berkuasa. Rakyat hanya taat kepada satu kuasa pemerintah sahaja.l
-
Menyeru pegawai2 pemerintah
supaya melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat dengan
adil dan saksama.
-
Menteri2 dan pegawai2 kerajaan
dinasihatkan supaya jangan mempunyai perasaan dengki dan iri hati kepada
orang lain. Sekiranya mempunyai perasaan sedemikian kepada orang lain,
nescaya orang lain pula akan bersikap sedemikian kepada kita.
-
Menteri2 dinasihatkan supaya
mendahulukan kepentingan orang ramai berbanding kepentingan diri sendiri.
-
Pemerintah boleh melaksanakan
sistem kerahan tenaga kepada rakyat jika keadaan memerlukan.
-
Dalam membuat sesuatu keputusan
yang penting, ianya perlu melibatkan pendapat orang ramai, bukan pendapat
individu.
-
Rombongan2 dari Jepun dihantar
terus ke China.
-
Mereka terdiri daripada sarjana
Jepun untuk mengkaji pelbagai aspek kebudayaan Tang.
-
Ini membuktikan Jepun mempunyai
semangat dan sifat ingin tahu yang amat kuat dan mereka mempunyai minat
yang mendalam untuk belajar kelebihan orang lain dan bijak memilih, meminjam,
menyesuaikan serta menjepunkan pengetahuan dan teknik orang asing.
-
Fujiwara Katamari:
-
Selepas Putera Shotoku meninggal
pada 621 Masihi, kuasa dirampas oleh Nakatomi-no-Katamari yang dikenali
sebagai Fujiwara Katamari.
-
Beliau dianggap sebagai tokoh
besar dan agung dalam sejarah mereka.
-
Beliau mencipta sistem pembaharuan
dalam pentadbiran Jepun yang merupakan pentadbiran empayar Tang.
-
Untuk menguatkan kerajaan Maharaj
Imperial dan sekaligus menyokong kuasanya sendiri, Fujiwara telah meniru
contoh pentadbiran pusat dari Cina.
-
Tetapi runtuh kerana pelbagai
suku di Jepun telah berusaha menghancurkan sebahagian besar sistem tiruan
daripada Dinasti Tang ini.
-
Ia bertahan selama 400 tahun.
-
Contoh kesan pengaruh Dinasti
Tang ialah ibu kota didirikan mengikut contoh reka bentuk Changan
pada awal kurun ke 8, termasuklah kuil dan buddha.
-
kebudayaan yang bersifat pengaruh
Buddha yang berkembang di Nara telah diperluaskan lagi dengan pembinaan
sebuah ibu kota baru pada 794 Masihi yang diberi nama Heian-kyo atau Miyako
atau Kyoto.
-
Ketika empayar Tang mengalami
zaman kemelesetan dan muncul dinasti Sung pada 960 Masihi, Jepun telah
memasuki suatu zaman pengasingan kerana bukan sahaja perehubungan dengan
cina sukar hendak diteruskan bahkan hubungan dengan Korea juga telah lama
renggang.
-
Zaman Heian:
-
yang masyhur bermula pada 794
Masihi.
-
Pada 1185 kerajaan tentera ditubuhkan
di bawah pimpinan Minamoto-no-Yoritomo.
-
Zaman Heian ialah zaman penuh
tradisi dan amat memberi perhatian kepada hidup berperaturan, beradab dan
dilafazkan dengan indah dalam kehidupan serta kesenian.
-
Contohnya:cerita rakyat Jepun
bertajuk Genji Motogatari (The Tale of Genji) yang dikarang oleh Murasaki
Shikibu iaitu seorang perempuan istana pad kurun ke 11.
-
Mereka memperkenalkan adatt
memuliakan pelajaran sertakan cintakan kesenian.
-
Keluarga Fujiwara menggunakan
taktik perkahwinan untuk mengukuhkan kuasa.
-
dengan mengahwinkan puteri dari
keluarga Fujiwara dengan bakal maharaja Jepun yang masih muda. telah menyebabkan
maharaja dengan mudah dipujuk melepaskan takhtanya.
-
Yang paling terkenal ialah Fujiwara-no-Michinaga
memerintah lebih 30 tahun.
-
Walaupun di Jepun terdapat banyak
kekacauan, peperangan dan pemberontakan tetapi Jepun masih dapat mengekalkan
satu sahaja Dinasti Maharaja.
-
Lebih 1500 tahun di Jepun adalah
menjadi pantang larang menghapuskan hak turun temurun keluarga maharaja
purba.
-
Dongeng mengatakan Maharaja
Jepun berasal dari keturunan Dewi Matahari (Amateresu) bagi mendaulatkan
maharaja.
-
Sejak pemodenan Jepn pada kurun
ke 19 kuasa raja hanyalah pada teorinya sahaja dan mereka bertindak sebenarnya
mengikut arahan menteri dan pegawai.
SISTEM FEUDAL
-
Wujud sejak Zaman Kamakura lagi
(1185-1336 Masihi).
-
Sebab utama perkembangan sistem
feudal ialah:
-
kewujudan ladang2 persendirian
yang dipanggil Syo atau Syoen.
-
Pertumbuhan Syo menyebabkan
pemindahan kuasa dari kerajaan pusat (Maharaja) kepada tuan2 tanah di wilayah2.
-
kemerosotan golongan aristokrat
dan kebangkitan kelas Samurai atau Buke.
-
Buke taat setia kepada Shogun
Kamakura lebih daripada aspek moral dari undang2.
-
Yoritomo yang telah membuka
jalan kepada kemunculan Buke.
-
Buke mendominasi jawatan2 Jito
dan Shugo. yang ditentukan oleh Kamakura Bakufu.
-
Senjata utama ialah anak panah
dan busar dan sebilah pedang panjang yang membengkok.
-
Baju kalis senjata tajam mereka
ringan.
-
Samurai
-
menekankan kepada konsep taat
setia, keberanian, maruah, disiplin diri dan menerima kematian tanpa membantah
(stoic).
-
Mereka rela membunuh diri sendiri
daripada ditawan dengan cara memotong perut sendiri dipanggil harakiri
atau seppuku iaitu perbuatan yang dianggap mulia.
-
Tanah sejak kurun ke 17
-
semua tanah milik kerajaan.
-
kerajaan membahagi2kan kepada
setiap suku dan petani.
-
petani dikehendaki membayar
cukai kepada kerajaan dengan hasil2 tanaman atau pekerjaan atas tanah tersebut.
-
Estet2 bebas cukai juga terdapat:
-
oleh kuil2 Buddha.
-
pada zaman Zra ialah kemuncak
pengaruh Buddha.
-
Maharaj Jepun menganugerahkan
tanah tidak dicukai kepada kuil2.
-
Proses perkembangan sistem feudal:
-
Daerah2 dipisahkan oleh gunung-ganang.
-
susah bagi kerajaan untuk menjalankan
pengawasan langsung.
-
Golongan bangsawan diistana
dilantik menjadi gabenor2 wilayah.
-
Tetapi mereka tinggal di ibukota
untuk menikmati kemewahan.
-
Kuasa sebenar di wilayah2 itu
jatuh ke tangan ketua2 suku yang terkuat diwilayah.
-
Keluarga Fujiwara juga dilepaskan
ke wilayah2 ini dan mereka tidak dapat dibezakan daripada suku kaum tempatan.
-
Maka timbullah gejala fahaman
feudal yang mana prosesnya mengambil masa beberapa kurun.
-
Pada penghujung Zaman Heian,
petani membayar cukai kepada tuan2 tanah bukan.
-
Ini tidak disukai oleh pentadbiran
Maharaja dan cuba mencegah an menghentikannya.
-
Kuasa tempatan mempunyai tentera
yang asalnya pengawal kuil kemudaian bertambah jumlahnya.
-
Tentera ini ditubuhkan mengikut
dasar turun-temurun.
-
Ia membayangkan kepada siapa
yang akan menjadi golongan pahlawan yang mendapat layanan istimewa.
-
Golongan bangsawan di istana
pada Zaman Heian hampir semuanya dari keluarga Fujiwara.
-
Mereka bergaduh sendiri merebut
jawatan2 politk contohnya keluarga Minamoto dan keluarga Taira.
-
Perselisihan dalam keluarga
Fujiwara menyebabkan dua kekacauan awam
-
Keluarga Tairalah yang mula2
berjaya meletakkan istana Maharaja dan kerajaan Jepun di dalam cengkamannya.
-
Melalui pakatan sulit, perkahwinan,
ugutan dan kekerasan, Taira Kiyomori menguatkan cengkamannya ke atas kerajaan
pusat.
-
Kemegahan Fujiwara hlang selama2nya.
-
Kerajaan keluarga Kiyomori disokong
oleh GoShirakawa berlangsung selama 25 tahun sehingga beliau meninggal
dunia pada 1181 Masihi.
-
Beliau merupakan seorang yang
zalim dan bengis tetapi bersifat manusia pemurah serta menentang adat resam.
-