NILAI-NILAI DAN ETIKA UTAMA
KEPERCAYAAN KEPADA KUASA AGUNG
-
Dalam agama Hindu terdapat
3 perkara yang kekal:
-
tuhan
-
roh atau jiwa
-
kejahilan atau perkaitan dengan
hal2 keduniaan.
-
Tuhan memainkan peranan:
-
mencipta (Brahma)
-
memelihara (Vishnu)
-
membinasa (Siva)
-
Tuhan dikenal dengan berbagai
nama:
-
Kadavul:
-
iaitu percantuman perkataan
Kada dan Vul yang bemaksud segala2nya.
-
Andava
-
Amalan
-
Athithan
-
Aathibagavan
-
Tooya Arivinan
-
Tuhan itu adalah satu tetapi
ia boleh disembah dalam berbagai bentuk.
-
Tuhan juga boleh menjelma dalam
mana2 bentuk.
-
Buddha:
-
Pada asalnhya hanya berlegar
di sekitar etika dan falsafah kehidupan semata2.
-
Selepas kematian Gautama Buddha,
penganut2 Buddha mula menjadikandan memakaikan Buddha dengan imej tuhan.
DOKTRIN KARMA
-
Didefinisikan sebagai tindakan2
yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupannya terdahulu menentukan kehidupannya
akan datang.
-
Roh:
-
merupakan elemen yang kekal
abadi dan tidak akan terhapus sebaliknya ia boleh dilahirkan semula oleh
tuhan dalam badan yang baru.
-
Setiap roh harus menjalani akibat
dari perbuatannya sendiri sama ada baik atau sebaliknya.
-
Roh akan terus mengalami proses
hidup mati hingga roh tersebt mencapai kebebasan mutlak dengan kesedarannya
kepada tuhan.
-
Perbuatan:
-
yang dimaksudkan merangkumi
3 aspek iaitu:
-
pemikiran
-
pertuturan
-
perbuatan.
-
Mereka yang berbuat baik akan
lahir semula sebagai manusia.
-
Yang berbuat jahat lahir semula
sebagai binatang, burung, serangga dsb.
-
Mereka yang malas sering menggunakan
karma sebagai alasan.
-
Dalam keadaan sebenar, karma
sangat menekankan rasa tangungjawab dan melaksanakan nilai2 baik, beretika
dalam diri seseorang dan secara langsung doktrin ini juga membawa erti
seseorang individu boleh menentukan nasibnya dengan perbuatannya sendiri.
-
Doktrin karma ini kemudiannya
menjadi doktrin yang dipegang secara ketat oleh penganut2 Hindu.
-
Kemudiannya telah menjadi sesuatu
yang sangat fundamental dalam pemikiran masyarakat India.
KESEMPURNAAN ROHANI
-
Ialah perubatan baik yang sangat
dimuliakan dan mempunyai kedudukan yang sangat tinggi.
-
3 jalan untuk mencapai kesempurnaan:
-
Karma yoga:
-
aktiviti mengasingkan diri atau
membuat jasa kepadda masyarakat tanpa mementingkan diri sendiri.
-
tidak mengharapkan sebarang
balasan kecuali keinginan untuk mendekatkan diri dengan tuhan.
-
Bhagavad Gita
menyatakan bahawa seseorang itu hanya berhak membuat kerja tetapi tidak
mempunyai hak menerima balasannya.
-
Bhakti-yoga:
-
memilih jalan untuk membuat
kebajikan dan kebaikan sebanyak mungkin bagi mendekatkan diri dengan tuhan.
-
ini akan menambahkan kebahagiaan
bukan sahaja kepada individu tersebut tetapi kepada mereka yang menerima
bantuan.
-
Kasih sayang merupakan bhakti
yang tertinggi.
-
ini telah digunakan oleh Mahatma
Gandhi dalam usaha beliau menyatukan masyarakat India.
-
usaha kasih sayang dan mengelakkan
kekerasan akan menyebabkan musuh juga akan tewas akhirnya.
-
Jnana-yoga:
-
menggunakan ilmu pengetahuan
dan kebijaksanaan.
-
inlah jalan yang paling utama.
-
seseorang itu dimestikan untuk
mengamalkan tatatertib keagamaan yang sangat ketat di samping berusaha
menanamkan sifat2 mulia ermasuklah sabar, menahan nafsu dsb.
-
ini adalah jalan yang paling
sukar sekali.
-
Yoga:
-
bermaksud penyatuan atau bersekutu
dengan tuhan.
-
Ia adalah latihan jasmani dan
rohani yang bertujuan bersatu dengan tuhan.