KEBUDAYAAN JEPUN
MODEN
CARA PEMIKIRAN ORANG JEPUN
-
Budaya penanaman padi di China
Selatan datang ke Jepun.
-
Confusiaime dan Buddaha tiba
ke Jepun melalui negara China.
-
Pengaruh budaya Barat dari sejak
kurun kesepuluh telah membantu membentuk Jepun sekarang.
-
Jepun awal adalah sebuah negara
pertanian yang berasaskan penanaman padi, telah mewujudkan tradisi yang
di dalamnya terdapat sifat baik seperti menabung, jimat cermat da kerja
kuat sangat dihargai.
-
Mengikut tradisi, orang Jepun
meberi penekanan kepada kepuasan rohaniah mengatasi kekayaan kebendaan.
-
Ini adalah hasil daripada perhubungan
erat antara manusia dan alam semula jadi.
PELAKUAN ORANG JEPUN
-
Aktiviti penanaman padi memupuk
sifat bekerjasama.
-
Amalan penanaman padi selama
dua ribu tahun di Jepun telah memupuk kecenderungan kuat untuk bertindak
dalam satu kumpulan.
-
Kesetiaan kepada kumpulan serta
perasaan sebagai ahli dalam kumpulan amat dituntut.
-
Setiap ahli dikehendai menunjukkan
kesetiaan yang tinggi.
-
Cenderung memutuskan tindakan
berdasarkan apa yang orang lain akan fikir dan bukan berdasarkan kepercayaan
dan idea sendiri..
-
Orang luar (uchi)
dan orang dalam (soto) diberi layanan yang berbeza.
-
Konflik antara giri (kewajipan)
dan ninjo (perasaan manusia) hanya dikaitkan dengan orang
dalam dan tidak langsung dengan orang luar.
-
Orang dalam merujuk kepada keluarga
dan saudara terdekat dan kemudian kepada orang dari tempat asal, rakan
pelajar, orang yang menjalankan jenis perniagaan yang sama, minat yang
sama, dan kumpulan lain.
-
Orang Jepun menganggap diri
mereka sebagai orang dalam dan negara2 lain sebagai orang luar.
-
Mereka sukar menerima orang
bukan Jepun.
-
Mereka tidak mendedahkan pendapa
peribadi mereka apabila bercakap dengan orang luar kumpulan.
-
Mereka lebih suka berkata seperti"
syarikat kami" daripada "syarikat saya, saya berasa bahawa ...".
-
Mereka rasakan penting untuk
mengambil kira sudut pandangan oran lain dan cuba mengelakkan daripada
melukakan perasaanya, dengan tidak menyatakan pendapat sendiri secara terus
terang.
-
"Dalam sesuatu kumpulan tertentu,
ahli selalunya mengharapkan persefahaman atau bantuan dari satu sama lain
melebihi panggilan tugas atau kelaziman biasa ini ialah suatu bentuk
amae, atau pergantungan, dan ia boleh membawa kepada sejenis pakatan
sulit yang dengannya ali kumpulan menunjukkan pendirian rasmi (tatemae)
kepada orang luar dan hanya mendedahkan niat sebenar mereka (home)
kepada ahli lain dalam kumpulan mereka." (SOALAN FINAL)
-
Jepun bukan masyarakat monoteistik
dan berfikiran luar terhadap agama.
-
"Bukan perkara luar biasa untuk
pasangan yang baru berkahwin melaporkan perkahwinan mereka kepada nenek
moyang mereka di altar agama Buddha milik keluarga mereka, mengadakan upacara
perkahwinan agama Kristian, dan melawat tempat suci Shinto dan kuil agama
Buddha ketika berbulan madu" (SOALAN FINAL).
-
Selepas Pembaharuan Meiji, orang
Jepun mula memuja Maharaja untuk membangkitkan semangat nasionalisme.
-
Pada akhir Perang Dunia Kedua,
Maharaja menafikan ketuhanan beliau, hanya sebagai lambang orang Jepun.
-
Penganut agama Shinto sekarang
berjumlah 30 juta orang.
CIRI-CIRI BAHASA JEPUN
-
Bahasa Jepun adalah bahasa tesendiri
hasil gabungan daripada berbagai kebudayaan dalam masa dua ribu tahun lalu.
-
ada persamaan dengan kumpulan
bahasa Altaik.
-
sedikit persamaan dengan bahasa
Korea.
-
banyak persamaan dengan bahasa
Asia Tenggara.
-
didakwa bahasa induknya ialah
Lepcha iaitu bahasa dari kawasan pergunungan Himalaya.
-
sarjana mengatakan serupa dengan
bahasa Tamil.
-
Pengaruh besar daripada sistem
tulisan China dan kebudayaan China pada kurun ke-7 dan ke-8 Masihi:
-
Bahasa moden masih menggunakan
huruf China bersama2 dengan dua ejaan sukuan Hiragana dan
Katakana yang mengandungi 46 simbol yang dibuat dengan menyingkatkan
berbagai2 huruf Cina.
-
Pengaruh Barat memperkenalkan
abjad Rumi.
-
Sistem bunyi bahasa Jepun lebih
mudah daripada bahasa China.
-
Ayat biasanya ditulis dengan
kombinasi hruf Cina dan ejaan sukuan, hiragana tetapi status
dan dokumen2 tertentu yang lain ditulis menggunakan katakana.
CIRI-CIRI KEBUDAYAAN JEPUN
MASA KINI
Budaya Gemar Membeli
-
Pernah terbatas di kalangan
penghuni istana, maharaja, golongan bangsawan, tuan feudal dan saudagar
kaya.
-
Sifat cermat mereka telah amenjadi
lemah dengan penggunaan pakaian dan makanan telah bertambah akhir2 ini.
-
Mereka hidup dalam kemodenan:
-
perkadaran orang yang memiliki
perakan pita viedo, tv, peti sejuk dan mesin basuh adalah paling tinggi
di dunia.
-
penggunaan telefon jauth ke
tempat kedua selepas Amerika Syarikat.
-
Tetapi masih perlu dibuat pembaikan:
-
tempat tinggal masih kecil.
-
pembentungan najis dan salur
utama saliran masih ketinggalan.
-
bandar masih dicacati oleh terlalu
banyak tiang elektrik yang menyakitkan mata.
-
jalan2 sempit menyebabkan kesesakan
lalu lintas.
-
Daripada sukan, tidak ada perzaan
kelas seperti golf dan boling dan semua minat gusti profesional.
-
Budaya berkumpulan dikekalkan
seperti melancong, bemain mahjong dan karaoke.
-
Ledakan maklumat melalui tv,
radio,surat khabar dan majalah bertambah pesat.
-
Tetapi ada kesan negatif iaitu
orang ramai lebih terasing daripada satu sama lain, tetapi ahirnya keadaan
ini akan menjadi betul degan sendirinya, dan pencapaian "Utopian Komputer"
akan berlaku tidak lama lagi.
Diet Orang Jepun
-
Makan tiga kali sehari.
-
Makan tengah hari ringan tetapi
makan malam pula paling berat dan penting.
-
Walaupun makanan Barat semakin
popular, mereka masih makan nasi sebagai diet penting, dan daging semakin
banyak dimakan akhir2 ini.
-
Minuman keras iaitu minuman
hare, menjadi pembuka selera, dan mereka semakin toleran kepada orang
mabuk.
-
Mereka cukup mewah dengan makanan
menyebabkan berbagai penyakit seperti kencing manis, sakit jantung, tekanan
darah tinggi.
Sistem Pendidikan Jepun
-
Pendidikan moden wujud selepas
Pembaharuan Meiji dan tradisi pendidikan wajib serta pendidikan tinggi
dibentuk dalam tahun2 seterusnya.
-
Selepas Peang Dunia Kedua ,
sisem mpendidikan mula berasaskan kepada sistem Amerika:
-
pendidiikan wajib dibahagikan
kepada:
-
enam tahun sekolah rendah dan
-
tiga tahun sekolah menengah
rendah diikuti oleh
-
pendidikan tinggi yang tidak
wajib tediri daripada:
-
tiga tahun sekolah menengah
tinggi
-
empat tahun pengajian ijazah
petama dan pengajian lepas ijazah.
-
kursus ijazah pergigian dan
perubatahn selama enam tahun.
-
kursus selamadua tahun di kolej
pendidikan tinggi
-
kursus lima tahun di kolej teknik.
-
pelajar memasuki peringkat terakhir
ini selepas lulus daripada sekolah menengah rendah.
-
di universiti, dua tahun pertama
terdiri daripada pengajian am dan dua tahun terakhir terdiri daripada pengajian
khusus.
-
Keluarga Jepun yang mempunyai
anak membelanjakan bahagian yang sangat besar daripada belanjawan isi rumah
mereka untuk pendidikan seperti ini.
-
Dengan memasukkan anak mereka
ke dalam sekolah yang bagus, ia telah menjadi lambang status bagi mereka.