CABARAN KONTEMPORARI DAN MASA
DEPAN
PENGENALAN
-
Cabaran dari luar datangnya
dari Barat dijelmakan dalam bentuk penguasaan Barat.
-
Kehadiran Barat mewujudkan konflik
atau keadaan tidak selesa kerana setiap peradaban kerap merasa terancam
dan diancam.
-
Walaubagaimanapun, penguasaan
ilmu pengetahuan, sains, teknologi, dan komunikasi Barat adalah unggul.
-
Terdapat juga cabaran dari dalam
disebabkan oleh konflik nilai, bahasa, budaya, pertalian darah, sejarah,
pandangan dunia atau cara hidup.
-
Perbalahan dan konflik sesama
sendiri dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia merupakan cabaran kontemporari
untuk bersatu dan bertindak secara kolektif membina kekuatan dalaman meminimumkan
penguasaan Barat di timur, dan seterusnya bersama2 mengatasi masalah global
yang melanda umat manusia pada abad ke-21.
CABARAN KONTEMPORARI
1. Imperlialisme
dan kolonialisme Barat
-
Bermula sejak abad ke 15 dan
ke 16.
-
Oleh Portugal, sepanyol, Perancis
dan England.
-
Sebab-sebab penjajahan:
-
Revolusi Perusahaan pada pertengahan
abad ke 18 di mana memerlukan bahan mentah untuk sektor perkilangan di
Eropah.
-
Revolusi Peranchis 1789 menaikkan
semangat kebangsaan yang melebihkan bangsa dan negara sendiri dan merendahkan
bangsa lain di Eropah sendiri.
-
Empayar British menguasai satu
pertiga peta dunia yang merangkumi 350 juta penduduk dunia.
-
Abad ke 19 mereka berlumba2
untuk menguasai dunia luar yang bernilai kepada mereka dari sudut ekonomi,
politik dan sosial.
-
Untuk mengeksport cara hidup,
nilai, institusi danpandangan dunia mereka terhadap masyarakat yang pada
pendapat mereka tidak mempunyai tamadun.
-
Penguasaan mental adalah
matlamat penting.
-
Negara Barat mahu dijadikan
sebagai panduan mutlak atau model secara total dalam semua aspek kehidupan
masyarakat.
-
Barat menekankan teori the
white man burden:
-
bermaksud masyarakat Barat mempunyai
tanggungjawab yang cukup berat untuk mentamadunkan masyarakat Islam, China,
India, Jepun dan peribumi kerana mereka mengatakan pencapaian mereka dalam
bidang sains dan teknologi adalah lebih baik.
-
Memperkenalkan kapitalisme dalam
aspek ekonomi masyarakat Malaysia pada era kolonial British telah diheret
ke dalam arus ekonomi bih akati, berpakaian cara Barat, menuturkan bahasa
ibunda Barat dan pendidikan sekular menggantikan pendidikan agama.
2. Penjajahan
Pemikiran
-
Barat menonjolkan kebaikan budaya
mereka sehingga menimbulkan sentimen institusi, nilai, bahasa dan cara
hidup Barat adalah yang terbaik dalam sejarah peradaban manusia.
-
Barat telah berjaya membentuk
Satu persepsi cultural superiority.
-
Barat berjaya membentuk penjajahan
pemikiran iaitu individu atau masyarakat terasing dengan nilai, pegangan,
anutan, pandangan budaya atau cara hidup masyarakatnya sendiri.
-
Ini kerana masyarakat Asia terpegun
atau ghairah dengan pencapaian dan cara hidup manusia dan masyarakat lain.
-
British in thinking and
still, but Indian in Blood.
-
Barat mempunyai persepsi apa
saja yang datang dari Bara adalah baik.
-
Masyarakat Asia senang terpengaruh
dengan tamadun dari barat kerana:
-
Penyelidikan dan penghasilan
karya2 sejarah pada peringkat awal banyak diselenggarakan oleh para sarjana
dan pegawai British.
-
Campurtangan Inggeris di Tanah
Melayu seperti Perjanjian Pangkor 1874 kononnya adalah atas dasar kemanusiaan
atau rasa tanggungjawab dan kasihan British terhadap masyarakat melayu
yang berada dalam keadaan huru-hara.
-
British menekankan peranan Barat
dalam mencorakkan perjalanan sejarah masyarakat Malaysia.
-
Masyarakat kita menggunakan
kerangka pemikiran yang berpaksikan Barat seperti istilah2: south East
asia, Middle East dan East Asia telah diterima pakai untuk merujuk
kepada satu2 kawasan atau rantau tertentu dari sudut geografi.
-
Amerika Syarikat berkerja keras
untuk mengawal dan menguasai politik dunia.
-
Amerika menguasai Majlis Keselamatan
Pertuuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
-
Amerika juga memegang kuasa
veto selain Rusia, Peranchis, Britain dan China dalam Majlis Keselamatan
PBB.
-
Amerika bertindak sebagai satu
kuasa dunia dari sudut ketenteraan yang tidak boleh ditandingi.
-
Lebih2 lagi apabila Soviet Union
telah runtuh pada akhir abad ke 20.
-
PBB dijadikan sebagai mekanisme
untuk mempertahankan kepentingan mereka.
-
Amerika juga bertindak sebagai
polis dunia dan terlibat dalam pelbagai konflik di serata dunia walaupun
tidak diundang.
-
Contohnya mereka mengebom manusia
yang dilabelkan oleh Amerika sendiri sebagai fundamentalist, militant dan
radical seperti di Afghanisatan,Sudan, Somalia, Bosnia , Palestin dan Lebenon.
3. Globalisasi
-
Jelas pada dua dekad terakhir
abad ke 20 kesan revolusi teknologi maklumat.
-
Ia mengecilkan dunia kerana
peristiwa2 yang berlaku di seluruh dunia mudah diperoleh dan tersebar dengan
cepat berbanding dengan zaman sebelumnya.
-
Globalisasi bersandarkan ekonomi
kapitalise dan lieberalisme hanya menguntungkan Barat.
-
Yang diglobalisasikan itu adalah
institusi sosial, bahasa nilai, pandangan hidup dan cara hidup masyarakat
yang telah mengecapi taraf negara perindustrian bukannya nilai, pandangan
hidup, bahasa, dan tradisi masyarakat Islam dan Asia yang diglobalkan.
-
Contohnya penggunaan bahasa
Inggeris dan tulisan latin.
-
Memperingati kekasih atau Valentine
Day pada 14 Februari.
-
Mengenali bintang mereka seperti
cancer, leo, virgo, libra dan scorpio.
-
Amerika Syarikat yang banyak
sekali mempengaruhi dunia:
-
Amerika Syarikat bertindak secara
proaktif dan beralih ke arah penguasaan teknologi maklumat, terutamanya
media massa sama ada media cetak atau elektronik untuk terus menguasai
masyarakat dunia.
-
Amerika disokong secara moral
oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.
-
Barat menyogok masyakat kita
dengan pelbagai bentuk maklumat yang dihasilkan oleh Barat sendiri dan
sekaligus dapat mencapai objektif mereka iaitu menguasai pemikiran masyarakat
bukan barat,.
-
Masyarakat Asia menjadi sasaran
perancangan Barat, terutamanya Amerika Syarikat untuk melenyapkan memecahbelahkan
masyarakat bukan Barat.
-
Impaknya krisis kewangan, mata
wang jatuh, ekonomi mengalami pertubuhan negatif, kadar inflasi yang tinggi,
pengangguran, kehidupan sosial menjadi huru hara dan masyarakat menderita.
4. Penjajahan
Budaya
-
Kita dibanjiri dengan filem2
Barat.
-
Amerika Syarikat menduduki tangga
teratas dan diikuti oleh Britain sebagai pengeksport budaya.
-
Muzik seperti blues, soul, grnge,
industrial, raggae dan rap.
-
Budaya barat dijadikan pendapatan
lumayan dengan disokong oleh sejumlah dana pelaburan .
-
Industri budaya
berjaya mencipta ratusan ribu peluan pekerjaan kepada warga barat untuk
menghasilkan produk budaya dan hasil penjualan produk budaya in mencecah
RM 372 billion setahun.
-
Filem2 yang dieksport mempengaruhi
dasar luar sesebuah negara terutamanyaa Amerika Syarkat untuk mengeksport
nilai, pegangan hidup dan cara hidu barat .
SUMBANGAN BARAT SEJARAH PERADABAN
MANUSIA
-
Dalam aspek penyelidikan, kemanusiaan,
ilmu pengetahuan dan inovasi sains, teknologi dan komunikasi barat adalah
ungul.
-
Semua ini memberi keselesaan
manusia:
-
Telefon, radio. tv, komputer
dan kamera, meningkatkan urusan perniagaan urusan membeli-belah, penyelidikan
dan menyimpan maklumat.
-
Juga idea pemerintahan demokrasi
dan kebajikan seperti kebebasan indiivdu, pemilihan wakil, pengundian,
persamaan taraf, kebebasan berakhbar dan memperjuangkan hak wanita.
-
Civil society
merujuk kepada masyarakat sekular yang mengabaikan hal2 berkaitan dengan
agama dan ketuhanan.
-
Contoh civil society ialah:
-
sikap suka membaca masyarakat
barat,
-
beratur di kaunter bayaran atau
sebelum menaiki bas, l
-
ayanan mesera ketika berususan
dengan orang awam, mematuhi masa atau temujanji,
-
kemudahan tempat letak kereta
yang berhampiran dengan pintu masuk utama untuk wanita hamil, cacat, tua
atau berkeluarga,
-
menghentikan kereta untuk memberi
laluan sama ada kereta atau pejalan kaki melintas.
-
Kita haruslah bersikap rasional
agar yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.
KONFLIK DALAMAN TAMADUN ISLAM
DAN ASIA
-
Konflik dalaman boleh menggugat
malah melenyapkan identiti Tamadun Islam atau Asia itu sendiri.
-
Contohnya Perang Iran-Iraq (1980-88)
dan Ira-Kuwait (1990).
-
Konflik dan perbalahan yang
belaku berkisar sekitar persoalan susrvival bangsa Arab semata2 dan mengetepikan
Islam dalam pemkitan dan tindkan politk mereka.
-
Masyarakat islam di Timur tengah
hanya bermusuhan sesama sendiri, sesama agama, sesama rumpun bangsa dan
sesama budaya.
-
Ini memberi ruang kepada Barat
untuk membina kekuatan mereka.
-
Amerika syarikat terus campur
tangan di rantau Teluk.
-
Penguasaan rantau Teluk bukan
sahaja membawa erti ekonomi yang cukup bernilai bagi Amerika kerana kaya
dangan minyak, malah Amerika juga dapat memasarkan senjata ciptaan mereka
dalam kuantiti yang besar kepada negara2 Arab yang kaya dan rantau Teluk
kini telah menjadi medan menguji senjata terkini mereka.
-
Konflik berdarah di antara India
dengan Pakistan untuk merebut wilayah Kashmir selama 50 tahun.
-
Kashmir mempunyai penduduk seramai
12 juta manusia; 70% atau 8.4 juta adalah penganut Islam dan bertumpu di
bahagian utara wilayah Kashmir, dan selebihnya penganut Hindu, Sikh dan
Buddha di kawasan selatan dan sekitar bandar Jammu.
-
Penduduk Kashmir memperjuangkan
pemerintahan Islam dan melengkapkan diri mereka dengan senjata untuk menolak
pentadbiran sekular dan penguasaan India terus dari New Delhi terhdap wilayah
ersebut.
-
Sejak 1991, 50,00 orang penduduk
Kashmir telah terbunuh dan masyarakat Islam telah melarikan diri sebagai
pelarian di wilayah Azad Kashmir.
-
Konflik antara China dengan
Taiwan di asia timur.
-
Taipei telah berusaha untuk
membebaskan diri mereka dari cengkaman Beijing dan seterusnya membentuk
satu nation-state yang mempunyai pemerintahan sendiri, merdeka dan
berdaulat.
-
Tetapi Beijing menisytiharkan
Taipei sebagai province atau sebahagian wilayah kecil.
-
Faktor geografi dan bahasa digunakan
oleh Taipei juga dikatakan berasal dari selatan China.
-
Beijing menghalang Taipei untuk
membentuk nation-state sehingga membentuk Dua China, tidak mengiktiraf
kemerdekaan Taipei dan menyifatkan Taipei sebagai wilayahnya yang ingkar.
-
Mereka berlumba2 mengukuhkan
petahanan mereka dengan peluru berpandu dan senjata cangih.
-
Jelasnya, perbalahan yang berterusan
dan konflik nilai dan budaya dalam Tamadun Islan dan Tamadun asia pada
hari ini merupakan satu kelemahan nyata, dan seterusnyaa memberi ruang
kepada masyarakat barat untuk terus melebarkan pengaruh mereka ke seluruh
penjuru alam.
LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA KHAZANAH
BUDAYA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
-
Rasional:
-
Generasi muda semestinya mempunyai
minat dan kesedaran tamadun yang cukup tingi agar identiti, nilai, pencapaian
kebendan dan pandangan dunia yang dinikmati dan diteruskan pada abad2 berikutnya.
-
Mesti mengambil inisiatif sendiri
secara kolektif untuk menongkah arus penguasaan Barat.
-
Digalakkan berdialog dan berinteraksi
dengan tujuan untuk memperkayakan lagi erti kehidupan satu2 masyarakat.
-
Perlu mencari kata sepakat sesama
sendiri kerana terdapat titik2 persamaan antara agama, budaya dan tamadun
timur.
-
Setiap agama menekankan perbuatan
baik.
-
Tamadun juga menekankan etika
atau akhlak, dan moral atau berbudi pekerti.
-
Akan dapat berfikir, menyelidik
dan mengkaji sendiri segala kelemahan yang nyata dan ketara dalam kehidupan
masyarakat Islam dan asia.
-
Kelemahan dan kemunduran Tamadun
asia kecuali Jepun ialah penguasaan terhadap ilmu pengetahuan.
-
Ramai tidak tahu menulis dan
membaca dalam bahasa ibunda.
-
Apatah lagi untuk menguasai
bahasa Inggeris.
-
Hasil2 penyelidikan dan maklumat
mudah diperoleh dalam Bahasa Ingeris.
-
Kerja2 pnenyelidikan kebankannya
diselenggarakan oleh sarjana Barat.
-
Tujuan-tujuandialog tamadun:
-
Menerusi dialog, kesepakatan
dan permuafakatan yang dicapai akan dapat memuihkan imej mereka di mata
dunia dan menyedarkan masyarakat, terutamanya generasi muda untuk mencar
jalan keuar mengatasinyasebelum masyarakat Barat mengeksploitasi kelemahan
masyarakat Islam dan asia sebagai satu kekuatan kepada mereka.
-
Menerusi dialog dapat saling
berfikir dan berbincang untuk meminimumkan penguasaan Barat dalam aktiviti
kehidupanseharain kita.
-
Masyarakat Asia harus besikap
terbuka, praktikal dan bergerak seiring dengan perubahan2 semasa sama ada
yang datang dari luar atau dari dalam.
-
Dapat saling bekerjasama, bantu
membantu dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
-
Kita boleh menjadikan Jepun
sebagai model untuk meyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya disiplin,
ketekunan dan etika kerja yang tinggi.
-
Jepun mempunyai sumber alam
yang terhad namun mereka berjaya muncul sebagai Gergasi Ekonomi Asia selain
Taiwan dan China.
-
Ini kerana Jepun mempunyai budaya
kerja yang amat rajin dan patuh kepaa disioplin kerja yuang kukuh an teguh.
-
Jepun berjaya mengaplikasikan
ilmu pengetahuan dengan kehidupan seharian.
-
Jelasnya dengan berdialog, masyarakat
Asia akan:
-
Mengenal kekuatan dan kelemahan
mereka
-
Menyedarkan masyaraka Asia yang
akan memasuki abad ke 21 tentan cabaran semasa dari Barat dan konflik dalaman
masyarakat Islam dan asia sendiri.
-
Menanamkan minat dikalangan
genrasui muda untuk memelihara dan mengekalkan identiti dan khazanah budaya.
-
Dialog digalakkan pada abad
ke 21 kerana masyarakat akan berinteraksi, bertolak ansur, mencapai kata
sepakat, saliing melengkapi dan saling hormat menghormati antara satu sama
lain.
-
Dialog ini mesti melibatkan
semua pihak.
-
Pusat2 pengjian atinggi boleh
melakukan penyelidikan tentang Tamdun Islam dan Asia.
-
Hasilnya perlu disebarkan kepada
umum dalam akhbar dan majalah popular di kalangan generasi muda.
-
Universiti perlu menggalakkan
lebih ramai siswa memilih kursus pengajian peradaban.
-
Siswa juga perlu memberi cadangan
dan pendapat mereka tentang pengajian perdaban di akhbar dan majalah.
-
Radio dan tv juaga boleh menyediakan
banyak ruang untuk diskusi.
-
Sukatan sekolah menengah
juga perlu menawarkan pengajian peradaban sebagai salah satu kursus elektif.
KESIMPULAN
-
Masyarakat Islam dan Asia mesti
berusaha sesama sendiri menerusi dialog pada abad ke 21 untuk membina kesepaduan
dan kekuatan dalaman berdasarkan persamaan agama, tamadun dan budaya sebagai
-
senjata untuk meminimumkan penjajahan
pemikiran oleh Barat.
-
permuafakatan dan kesepaduan
untuk membina kekuatan dalaman masyarakat Islam dan Asia.