panggung menyamar jadi dunia
dan dia dalang di antaranya.
gerak mengalir di kulit
suara berdengung di rongga ukir.
semua watak peminjam,
semua dalang pengumpul dunia,
pelawak hanya lucu kerana ejekannya,
gunting kias hanya memotong dengan gigi bandingannya.
lagunya merdu hanya kerana dia pernah bercinta.