mungkin kerana bukit-bukit merah ini
terdekat kepada gendut kelabunya
maka disayangi oleh awan awan hujan.
pada musimnya selangit air turun sepagi,
lurus atan runcing menyungai
ke tebing, lurah,
akan senduduk, rumput gajah,
dan simen rumah yang ditinggal di jalan.
seluruh alam meniru warna bukit.
peluru air menembak ke dinding
memanjat tingkap dan menjalari lubang pintu,
sehingga semua menjadi deru.
akihirnya kampung dialiri awan,
diaturkan dengan kehendaknya.