sepanjang jalan

oleh: muhammad haji salleh

sepanjang jalan kusalin gerak banjaran
sepanjang jalan bumi menjarum pina,
di antara senyapnya tumbuh kembang-kembang,
halus, liar, di luar daerah manusia,
tapi menajamkan makna alam.

sepanjang jalan awan bermain di tali langit
berhenti, dan berarak
seperti benang kembali jadi kapas.
kabus berguling di bantal lembah.

sepanjang jalan alam menyayup
mengecil dan membesarkanku
kerana telah melalui keindahan
sepi dan sejuk di hujung dunia.


nota:

dari kumpulan puisi "kalau atau dan maka"

kembali ke laman puisi


Iraz Syamil Mohd Zahari
[email protected]
2002
Hosted by www.Geocities.ws

1