ILHAM BICARA
~Lyrics~

Setelah tiga tahun menyepi (berehat seketika), Ratu Rock Malaysia Ella kini bersedia menemui peminat dengan album terbaru"ILHAM BICARA ".

Kalau dulu Ella telah cuba mengorak langkah ke arah experimentasi seperti album (EL),kini penyanyi rock kesayangan ramai ini kembali ke rentak asalnya.

"Di masa-masa lepas, Ella dah cuba konsep baru dan juga konsep berbeza . Sekarang Ella rasa Ella patut kembali ke konsep rock Ella yang mula-mula dulu..konsep yang telah menolong menjulangkan nama Ella sebagai penyanyi",kata anak kelahiran Pulau Mutiara ni.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu " Sembilu " dan " Dua Insan Bercinta " ini, sebenarnya telah memendam rasa rindu bertemu peminat dengan album terbarunya selama setahun . Dari segistail dan suara serak-serak basahnya serta rentak lagu, Ella masih lagi Ella yang mula-mula dikenali peminat muzik tanahair.

Ilham Bicara memuatkan 14 lagu, 11 daripadanya lagu baru, satu lagi Melayu Deli (Yang dituju khas buat ibu dan arwah ayah Ella yang begitu meminati lagu itu kerana ia merupakan lagu zaman percintaan mereka berdua dan juga untuk peminat-peminat Ella yang memberikan sokongan yang amat padu dari dulu sehinggalah hari ini yang ingin sekali mendengar Diva Rock ini membawa lagu yang berentak Melayu Deli) dan yang dua lagi berbentuk lagu untuk karaoke. Antara yang kesebelas itu tadi termasuklah lagu "Tinggal Tanda Tanya" yang pernah dikenali dengan (?) sahaja dan sekarang ini hangat dimainkan di stesen radio negara.

Jika dahulunya Ella sering merakam album menggunakan khidmat seorang demi seorang komposer, Ella kini beraksi bersama ramai komposer sekaligus dalam "Ilham Bicara".

Antaranya ialah Azmeer, Ajie dan Kelly, komposer misteri Django, Bong, Ramli Sarip, Amin Abdullah, Ajai, Zul Mahat dan sebagainya.

"Baginya, album ILHAM BICARA, Ella seronok berpengalaman bekerja bersama ramai komposer tanahair. Ini pengalaman pertama Ella sebegini,"kata penyanyi berkulit putih kuning ini.

Ella yang suatu masa dulu menjadi penyanyi wanita Malaysia yang pertama mencatat jualan album sebanyak 370,000 unit dan masih kekal sebagai pemegang rekod jualan album tertinggi penyanyi wanita kali ini ada berganding suara dengan beberapa penyanyi lain dalam album "ILHAM BICARA".

Antaranya ialah kakaknya sendiri Jojie dalam lagu kedua dalam album iaitu "Nan Berbeza". Lagu ini juga memperkenalkan bakat rap hip-hop Rez (dari kumpulan Da'Joint). Lagu ini ditulis oleh Ajie dan Kelly dan liriknya oleh Pacai.

Penyanyi Rock Melayu yang juga telah menyumbangkan suara bagi ILHAM BICARA ialah "Papa Rock" Ramli Sarip yang berduet bersama Ella untuk lagu"Dia Lelaki", gubahan Ramli sendiri dan liriknya oleh Bob Lokman.

Ella juga mempertaruhkan bakatnya dalam album ILHAM BICARA dengan menyanyikan satu lagu Melayu Deli yang telah diubahsuai untuk konsep Ella yang tersendiri itu. Lagu tersebut ialah "Jauh Di Mata" yang membuktikan bahawa Ella bukan sekadar penyanyi rock sahaja tetapi juga boleh mendendangkan lagu Melayu Deli. Lagu ini juga mempersembahkan Emmette (dari kumpulan Butterfingers) yang memainkan biola bagi dendangan Ella, dan juga petikan gitar berhantu dari gitaris tempatan terkenal iaitu Hillary.

ilhambicara1.jpg  
  ilhambicara4
Ilhambicara3.jpg  
  ilhambicara6.jpg
ilhambicara2.jpg  
  ilhambicara5.jpg
ilhambicara7.jpg  
  ilhambicara8.jpg
ilhambicara9.jpg  
  MENU

 

Hosted by www.Geocities.ws

1