SHOW CASE ELLA DI HARD ROCK CAFE PADA 27/3/2002 (Page 1)
Pada 27HB March yang lalu bermulanya Part-1 Showcase "Aku, Myself and Ella" yang semua sekali ada 3 bahagian. Ia telah diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Part-2 pada 3HB April 2002 pun akan diadakan di Hard Rock Cafe dan bahagian yang ketiga pula di Saloma Bistro. Bagi Part-1 yang baru lalu ini, line-up musician adalah Sham Kamikaze bermain lead guitar, Shah Slam bermain rhythm guitar, Kelly bermain bass dan Ujang Exist bermain drum. Backup singer pula ada 2 orang iaitu Rizal dan Widy. Lagu-lagu yang dinyanyikan Ella adalah P.P.P, Cendawan & Serangga, Creep, Retak, In the End, One Step Closer, Layar Impian, T.T.T dan medley lagu Permata Biru, Kesal, Kitalah Bintang. Bagi lagu In the End dan One Step Closer, Ella telah menjemput kumpulan Da'joint untuk mempersembahkan lagu-lagu tersebut. Ahli kumpulan Da'Joint adalah REZ, SAM, G dan DJ 1SIXTY2. Biarpun lagu lama ataupun baru, terdapat ramai penonton yang menyanyi bersama. Dengan ini terbukti, Ella masih mampu dan layak digelar Diva Rock Malaysia....
| Gambar | Menu | Page 2 |