PERSEMBAHAN ELLA
DI HRC MEMANG VAST!
'KELASS' Ella ketika buat persembahan di Hard Rock Cafe (HRC) Kuala Lumpur
pada 27 Mac lalu. Hem... Tak Sayang Mulut dan kengkawan reporters lain, berkesempatan
turun
pada malam itu untuk menyaksikan persembahan Ella. Bukan Tak Sayang Mulut nak
cakap pula, persembahan ratu rock tersebut pada malam tu, memang vast. Very
energetic. Dan bukan Tak Sayang Mulut sahaja yang bagi komen secara verbal macam
tu. Tetapi kengkawan reporters yang lain pun cakap macam tu. Kalau melihat persembahan
Ella kat HRC, memang jauh berbeza. Kalau Ella buat all out di HRC untuk menutup
persembahannya yang hambar di kaca TV, memang Ella ada improvement. Yang bestnya
tu, ketika Tak Sayang Mulut survey kat dalam HRC, ramai artis kita yang turun
untuk melihat persembahan Ella. Ada penyanyi, ada pelakon dan pengacara TV pun
ada. Semuanya bagi sokongan moral kepada Ella. Apa yang lebih membanggakan si
Ella ialah para peminat dan pengunjung yang penuh sesak di HRC tu,
malah mereka juga turut menyanyi bersama-sama Ella. Lirik lagu Sembilu sehinggalah
kepada lirik lagu daripada album terbaru Ella, Retak dan Tinggal Tanda Tanya,
dihafal oleh peminat. Pendek kata, kalau ada yang berada di HRC sejak pukul
9.00 malam lagi pada hari itu, memang tak sia-sialah menanti untuk melihat aksi
Ratu Rock negara yang kembali dengan 'head banging'nya. Syabas Ella.