Jojie, Ella
turut bantu nasib mangsa perang
PENDERITAAN dan kesengsaraan yang dialami mangsa perang dan pelarian di Afghanistan
turut
mengundang simpati dan prihatin insan seni. Membuktikan keprihatinan mereka
terhadap
kekalutan yang dialami, selebriti tanah air sekali lagi berkumpul menjayakan
'Lelong Khas' Tabung
Afghanistan' yang akan berlangsung Sabtu ini di Sungei Wang Plaza Kuala Lumpur.
Bagi Ella, pembabitannya walaup sekadar sumbangan kecil namun cukup bermakna
kerana dapat meringankan bebanan penderitaan yang ditanggung mangsa peperangan
itu. "Kami tetap prihatin dengan apa yang berlaku di persekitaran. Sebagai
masyarakat seni, kami juga ada tanggungjawab sosial yang perlu dijalankan. "Ini
bukan kali pertama saya terbabit dengan kerja amal. Namun saya lebih senang
jika kebaikan yang dilakukan tidak digembar-gemburkan. Walaupun sumbangan ini
kecil namun keikhlasan menjayakannya perlu ada kerana kerja kebajikan itu mulia
dan bererti," katanya dalam pertemuan eksklusif dengan Persada Seni, di
Balai Berita. Menghangatkan Lelong Khas Tabung Afghanistan, penyanyi yang terkenal
dengan lagu Tinggal Tanda Tanya dan Jauh Di Mata itu bermurah hati mendermakan
dua jaket denim, sehelai jeans dan baju-T untuk dilelonglong. Sementara itu,
kakaknya, Jojie pulak menyumbangkan sepasang jeans dan kemeja lace. "Saya
memang berbesar hati apabila dipilih untuk menjayakan program ini. Ini membuktikan
personaliti juga ada pengaruh dalam menjalankan sesuatu program kebajikan. "Kami
bersedia menyumbang tenaga untuk kebaikan masyarakat. Selain memberikan barangan
peribadi, saya juga akan menghiburkan pengunjung yang datang pada hari itu nanti.
"Saya berharap masyarakat akan beramai-ramai menyertai program ini sebagai
tanda keprihatinan kita terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Mungkin usaha
kecil ini dapat meringankan penderitaan mereka di sana. "Memang sedih melihat
anak kecil dan mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman petang,"
katanya. Lelong khas Tabung Afghanistan, dianjurkan stesen radio, Red 104.9
dengan kerjasama Pusat Beli-Belah Sungei Wang Plaza. Seperti acara terdahulu
iaitu Lelong Ria Dana Khas Negara dan Lelong Khas Tabung Kosovo, program ini
juga turut mengundang selebriti dan personaliti hiburan untuk memberikan sokongan
menjayakannya. Antara artis yang bakal memeriahkan petang 12 Januari ini termasuk
Siti NurhaIiza, Sarimah, Camelia, GT Boyz, Ferhad, Jalaluddin Hassan, Normala
Samsudin, Nasha Aziz, Anuar Zain, Rem, Wardina Saffiyah dan Hetty Sarlene. Manakala
artis yang tidak dapat hadir tetapi memberikan sumbangan koleksi barangan peribadi
termasuklah Ziana Zain, Amy Mastura, Maya Karin, Too Phat, Sheila On 7 dan Aishah.
Pengunjung acara itu nanti akan disajikan dengan persembahan hiburan Hetty Sarlene,
Rem, GT Boyz, Trezz, Ella dan Elyana Sementara Itu, 20 pengujung terawal ke
acara lelong berkenaan akan berpeluang mendapat cenderahati sumbangan Red 104.9
Sebagai syarat, mereka perlu membawa bersama salah satu daripada keratan akhbar
mengenai acara lelong ini yang disiarkan di Berita Harian, bermula semalam sehingga
Sabtu ini dengan kerjasama Pusat Beli-Belah Sungei Wang Plaza. Seperti acara
terdahulu iaitu Lelong Ria Dana Khas Negara dan Lelong Khas Tabung Kosovo, program
ini juga turut mengundang selebriti dan personaliti hiburan untuk memberikan
sokongan menjayakannya. Antara artis yang bakal memeriahkan petang 12 Januari
ini termasuk Siti NurhaIiza, Sarimah, Camelia, GT Boyz, Ferhad, Jalaluddin Hassan,
Normala Samsudin, Nasha Aziz, Anuar Zain, Rem, Wardina Saffiyah dan Hetty Sarlene.
Manakala artis yang tidak dapat hadir tetapi memberikan sumbangan koleksi barangan
peribadi termasuklah Ziana Zain, Amy Mastura, Maya Karin, Too Phat, Sheila On
7 dan Aishah. Pengunjung acara itu nanti akan disajikan dengan persembahan hiburan
Hetty Sarlene. Rem, GT Boyz, Trezz, Ella dan Elyana Sementara Itu, 20 pengujung
terawal ke ara lelong berkenaan akan berpeluang mendapat cenderahati sumbangan
Red 104.9 Sebagai syarat, mereka perlu membawa bersama salah satu daripada keratan
akhbar mengenai 'acara lelong ini yang disiarkan di Berita Harian, bermula semalam
sehingga Sabtu ini.