ELLA SEDIA TURUN PADANG
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
RATU Rock, Ella pernah, melakar nama sebagai artis wanita pertama mencatat jualan album 350,000 unit, selain satu-satunya penyanyi tempatan yang merakamkan album penuh di Amerika Syarikat. Ella terpaksa menahan sabar selama tiga tahun menanti album terbarunya, Ilham Bicara menemui peminat. Namun, apabila berada di pasaran, Ella pula kini berhadapan dengan hakikat yang begitu memeritkan Selepas dua bulan album yang memuatkan single Tinggal Tanda Tanya (TTT) dipasarkan ia hanya mampu dijual 15,000 unit. Satu jumlah yang cukup berbeza jika dibandingkan dengan pencapaian album terdahulunya. Dalam suasana pasaran album tempatan yang dingin, Ella akui hakikat. Namun, katanya, itu bukan bermakna kerjayanya kini menuju detik kejatuhan. "Angka itu sudah cukup baik kerana untuk mencapai 10,000 unit pun bukan perkara mudah sekarang Ini. Bukan saya seorang yang berhadapan dengan masalah ini. Artis lain, pun turut merasainya walaupun syarikat rakaman sudah melakukan promosi besar-besaran. "Saya tidak perlu terlalu risau memikirkannya kerana album ini belum dipromosikan sepenuhnya. Selepas raya tempoh hari, EMI menyusun beberapa strategi untuk menghangatkan lagi suasana pasaran. Pada pertemuan petang Jumaat lalu, Ella yang kelewatan kerana, sehari sebelumnya menjayakan satu program televisyen sempat menghiburkan tetamu dengan single keduanya Retak. Lagu ciptaan Amin Abdullah itu kian mendapat perhatian selepas terlebih dulu mencuri hati peminat dengan TTT Ella berkata, demi memastikan album itu mencapai sasarannya, beliau sanggup turun padang mengikut perancangan yang disusun syarikat rakamannya. "Memang letih tetapi saya terpaksa berkorban kerana sudah lama menanti kemunculan album ini. Disebabkan itu, saya tidak ralat memperuntukkan sebahagian besar waktu memenuhi undangan promosi," katanya. February ini menambah kesibukan Ella kerana dijadual mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur khusus untuk peminat setianya. Sebelum muncul menjayakan konsert besar. "Persembahan itu akan diadakan selama empat malam. Namun, kami belum dapat menetapkan tarikh yang pasti kerana masih berbincang mengenainya. Bagaimanapun, ia akan diadakan pada Februari ini juga. "Kami akan meimbuat pengumuman apabila tarikhnya sudah pasti nanti," kata Ella yang sudah menghasilkan tujuh album solo studio. Namun begitu, mengubat kerinduan peminat, Ella terlebih dulu akan beraksi dalam program Istimewa Bersama... Ella di Auditorium Besar Angkasapuri RTM jam 9 malam esok. Konsert selama satu Jam setengah ini menyaksikan Ella menyampaikan lebih 10 lagu yang kebanyakkannya dipetik daripada album terbaru termasuk Retak Jauh Di Mata, TTT serta tidak ketinggalan lagu hitnya seperti Dua Insan Bercinta, Layar Impian secara medley. Selain Amuk, Ella juga akan turut membuat satu kejutan kepada peminat dengan menampilkan beberapa tetamu yang begitu istimewa dan sentiasa di belakangnya untuk memberi sokongan dan membantu dalam kerjaya seninya. Anda boleh memperolehi pas percuma di Unit Hiburan TV, RTM. Mereka juga boleh mendapatkannya di kedai kaset seperti di Giant Hypermarket Shah Alam, Eastern Record Jalan Raja Laut, Rock Corner Kota Raya, Music Magic Central Market dan Trend, Sogo.