ELLA MAHU LUNAS DUA MISI BESAR

Oleh Zul Husni Abdul Hamid

SUDAH lebih seminggu tirai 2002 disingkap, namun Diva Rock Ella tidak punya banyak masa untuk bersenang-lenang. Sejak muncul den gan album terbaru, Ilham Bicara pada awal November lalu, Ella
kembali sibuk memikirkan pelbagai strategi memperkukuhkan kedudukannya. Malah, kedatangan 2002 juga menuntut Ella bekerja keras melunaskan dua misi besarnya. Kata anak kelahiran Pulau Pinang ini, selepas sekian lama tidak -beraksi dalam konsert besar, beliau berharap impian itu akan menjadi kenyataan tahun ini. "Sejak April lalu, kami sudah mula mengadakan perbincangan dengan pihak penaja., Alhamdulillah, perbincangan itu membuahkan harapan positif. Persetujuan juga sudah pun dicapai. "Bolah dikatakan konsert ini sudah 60 peratus pasti, tinggal beberapa perkara penting, lagi yang masih dalam rundingan. Memberikan kelainan,' konsert ini mungkin berlangsung secara orkestra,"Jika menjadi kenyataan, ia bakal mencatat sejarah sebagai konsert orkestra pertama saya selepas 15 tahun bergelar penyanyi," katanya yang kembali giat dengan lagu Tinggal Tanda Tanya dan Jauh di Mata. Ella mengakui, konsert yang dijangka berlangsung April ini juga menelan belanja besar kerana ia membabitkan kelengkapan pentas yang canggih selain rangkaian promosi yang kuat bagi memastikan kejayaannya. Ella juga berkata, bagi memenuhi hasrat peminat yang rindu untuk menyaksikan aksi terbarunya; beliau akan muncul menjayakan satu showcase khas yang dijadualkan berlangsung pada 31, Januari ini di Hard Rock Cafe (HRC), Kuala Lumpur. Andainya perancangan berjalan lancar, EIla akan 'menawan' HRC untuk dua malam dengan pilihan lagu terbaiknya dalam dua set persembahan yang setiap satu akan memakan masa 45 minit. Penantian ini benar-benar berbaloi apabila Ilham Bicara menerima sambutan di luar dugaan. Lepas tiga bulan di pasaran, siri promosi lebih giat akan dijalankan dan terbaru, album akan diiklankan menerusi Internet. "Kami juga sudah menyiapkan dua klip video, Retak dan Jauh Di Mata,, hasil sentuhan Johan Lucas yang pernah menerbitkan klip video kumpulan maya, Tyco. Ia dilakukan di dua tempat, Shah Alam ,dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan. "Saya menitikberatkan produksi klip video ini untuk memberikan lebih kesan. Tidak ada istilah main-main kerana saya serius dalam setiap- apa yang dilakukan," katanya, memaklumkan klip video itu dihasilkan dalam format filem. Dalam pada itu, Ella juga menyimpan impian besar untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Hasrat Itu semakin membuak-buak selepas mendengar kisah menarik pengalaman ibunya di sana. Sebagai umat Islam, saya ingin merasai pengalaman itu sendiri. Berbaloi
rasanya segala amalan kita apabila dapat menjejakkan kaki ke Makkah, Saya juga ingin melawat tempat bersejarah di sana serta mencium Hajaratul Aswad. "Saya berdoa semoga perjalanan kerjaya akan terus diberkati selain, berharap pemergian itu ia'' akan membawa sinar baru dalam hidup saya," katanya.

Hosted by www.Geocities.ws

1