ELLA
BUKAN CALANG-CALANG
SIAPA kata Ella tak boleh menyanyi dengan baik? Siapa kata Norzila Aminuddin
lalok? Persembahannya untuk Hiburan Minggu Ini Bersama Ella baru-baru ini teruk
dikritik dan Ella sendiri terpaksa ke depan menerangkan keadaan sebenar.Namun
persembahan Aku, Myself & Ella di Hard Rock Cafe (HRC) malam Khamis lalu
membuktikan anak kelahiran Klang ini sebenarnya mampu membuat lebih dari apa
yang diperkatakan oleh sesetengah pihak. Pengalaman yang diraih berbelas tahun
sebagai orang seni tidak disia-siakan.Aku, Myself & Ella juga boleh mengangkat
semula nama baik penyanyi yang masih bujang itu.Ella ringkas dan selesa dengan
mengenakan celana jeans biru gelap dan baju putih, tampil di pentas HRC kira-kira
jam 11.30 malam.Ratusan peminat dan pengunjung pusat hiburan setia menanti dan
menjerit-jerit nama ratu rock ini sebaik saja dia muncul.Ella memulakan persembahan
dengan lagu Permata Pemotong Permata (PPP), mengembalikan nostalgia 90-an. Dia
tidak keseorangan menyanyi apabila sebahagian penonton malam itu turut mengikut
'berharmoni' bersama-samanya.Bukan untuk lagu itu saja, peminatnya turut menyanyi
bersama ketika Ella menyampaikan Retak, Layar Impian, Tinggal Tanda Tanya dan
medley - Permata Biru, Kesal dan Kitalah Bintang.Saya thirsty (haus) pulak,
suara manjanya spontan sebaik saja tamat menyampaikan PPP. Gaya manjanya itulah
yang turut mengundang derai tawa dari penonton. Ella tetap Ella, manjanya dan
gayanya itu kadang-kadang disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak. Namun yang
penting, peminat Ella tahu penyanyi pujaan mereka itu macam mana orangnya.
Malam itu juga, vokal Ella terkawal dengan baik sekali dan tiada gangguan sistem
bunyi yang boleh merosakkan keseronokan menonton persembahan secara langsung.
Sebenarnya hiburan di HRC jauh lebih baik berbanding dengan persembahan di HMI.
Turut dipersembahkan ialah lagu Cendawan dan Serangga, Creep, In The End dan
One Step Closer. Bagaimanapun paling seronok malam itu adalah ketika Ella menyanyikan
lagu Tinggal Tanda Tanya, Retak dan Layar Impian kerana boleh dikatakan hampir
seluruh lagu-lagu itu dinyanyikan bersama penonton. Malam itu Ella dimantapkan
lagi dengan iringan muzik Shah Slam, Ujang Exists, Sham Kamikaze dan Aji bersama
dua penyanyi latar.Jangan terkejut, dalam gaya manja Ella itu, penyanyi ini
juga pandai bagaimana nak 'tackle' penonton dan sempat bergurau dengan peminatnya.
Ada satu ketika, Ella menarik tangan seorang gadis dan diajak menyanyi bersama.Seketika,
Ella meninggalkan gadis itu di tengah pentas dan dia sendiri duduk bersama penonton
lain menonton nyanyian gadis tadi.Kesimpulannya, persembahan Ella menghiburkan
dan Ella sepatutnya mengekalkan cara ini untuk terus memikat peminat setianya.Dia
bakal muncul dalam siri kedua Aku, Myself & Ella di Saloma Theatre Restaurant
pada 13 April tetapi dalam persembahan versi akustika.