ELLA BUAT LIVE SHOW

BAGI peminat Ella, Jangan jangan lepaskan peluang menyaksikan
persembahan live Ella iaitu Aku, Myself & Ella pada 13 April ini di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Kata Ella, "Dah lama Ella nantikan saat untuk buat live show. Ella rasa sungguh terharu kerana Saloma Bistro dengan kerjasama Hard Rock Cafe (HRC) dan Hotel Concorde, Kuala Lumpur sanggup anjurkan show untuk Ella. "Show selama 1jam setengah itu akan bermula dari pukul 9.00 hingga 10.30 malam. Masa show itu nanti selain Syam Kamikaze, persembahan Ella turut diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan. Jangan tak tahu Ella juga
akan buat gimik untuk menghiburkan peminat yang datang," kata Ella.
Bagi yang berminat, bolehlah hubungi Azlin di talian 03-21610122 untuk membeli kupon yang berharga RM40. Sebelum ini, Ella telah pun membuat persembahan di HRC pada 27 Mac dan 3 April lalu.

Hosted by www.Geocities.ws

1