BENARKAH
ELLA SUDAH BERTUNANG
Apabila Ella bergambar dengan model iklan Chup! Coca-Cola, bernama Rizal, yang
juga penyanyi berkumpulan Da'Joint, yang dikatakan kekasih terbarunya, ada.
pihak yang bersetuju, tapi tidak kurang juga yang menggelengkan kepala. Mereka
yang bersetuju kerana merasakan mungkin jodoh Ella sudah tiba Manakala yang
menggelengkan kepala pula kerana usia Rizal lebih muda 12 tahun daripada Ella
yang kini berusia 34 tahun. Ini ditambah, kononnya, mungkin Rizal intim, dengan
Ratu Rock itu memandangkan model iklan itu sedang berusaha menempatkan diri
dalam bidang seni sebagai penyanyi. Jadi, apabila bersama Ella, usahanya itu
dikatakan akan lebih mudah. Dalam erti kata yang sebenar, Rizal dikatakan kononnya
mahu menumpang populariti Ella. Adakah perkara tersebut benar? Ella atau nama
sebenarnya, Norzila Aminuddin yang kini sedang popular menerusi lagu terbarunya,
Tinggal Tanda Tanya (TTT) memberikan iawapan ini untuk pertanyaan tersebut:
Tidaklah. Saya kenal Rizal dah lama, semasa dia dan kumpulannya selalu buat
gig di kelab-kelab. Saya suka tengok dia dan kumpulannya membuat persembahan.
Dari situ, saya rapat dengan Rizal. Jangan salah sangka. "Pada saya, setiap
manusia itu boleh berkawan dengan sesiapa yang disukai. lbu saya sendiri tidak
pernah menghalang dengan siapa saya berkawan, asalkani saya tidak lupa batas-batasannya.
"Saya tidak menganggap Rizal menumpang populariti saya. Dia dan kumpulannya
mempunyai cara tersendiri dalam menggerakkan aktiviti seni mereka. Malah, saya
menghormati muzik hip hop yang dibawa oleh Rizal dan kumpulannya, Da'Joint.
Untuk album terbaru saya ini, Ilham Bicara, banyak perkara baru saya pelajari.
"Dengan Rizal dan teman-temannya dalam Da'Joint iaitu Sam dan G, apabila saya
bergaul dengan mereka, saya didedahkan pada muzik hip hop. Malah, Rizal turut
menyumbangkan suaranya menerusi lagu Nan Berbeza (berduet dengan kakaknya yang
juga pengurus peribadinya, Jojie):'jelas Ella. 
Seriuskah Ella dan Rizal?
OKEY Ella... Sejauh mana hubungan dengan Rizal? "Tak boleh nak confirm, serius atau pun tidak. Jauh lagi masanya untuk memikirkan ke arah itu. Banyak perkara lagi yang harus saya fikirkan. Cita-cita saya masih jauh. Selepas segalanya saya capai, barulah saya akan putuskan dengan siapa saya mahu settle down. "Saya tak berani nak mengulas panjang fasal hubungan saya dengan Rizal. Orang banyak bertanya kenapa saya pilih budak berusia 12 tahun lebih muda daripada saya? Alah... Saya rasa itu perkara normal. Mestilah, orang boleh cakap apa sahaja yang mereka suka. Saya mana boleh nak tutup mulut mereka? 'Tapi, saya tahu apa yang saya lakukan. Di antara saya dengan Rizal, memang berkawan rapat. Kami banyak bekerjasama dalam bidang muzik. Saya menghormati dan menghargainya sebagai kawan. Dia bagus dalam kariernya. "Dia juga seorang kawan yang boleh dibawa berbincang. Sebab itulah, nak kata saya sudah ada seseorang yang istimewa dan dah bersedia untuk berkahwin, itu belum lagi. Saya manusia biasa..."Saya teringin berkahwin, mempunyai suami dan anak-anak. Cuma tak tahu bila. Lagipun, saya tak mahu terburuburu. Soal jodoh, saya serah kepada Tuhan. Saya tak boleh nak kata Rizal adalah jodoh saya. Soal jodoh, ajal dan maut, semuanya terserah kepada Tuhan:'ujar Ella penuh bermakna. Namun begitu, Ella terpaksa juga menjawab persoalan yang timbul gara-gara kenyataannya dalam sebuah majal tempatan berbahasa Inggeris. Artikel dalam majalah tersebut dengan jelas menyatakan bahawa Rizal dan Ella sudah bertunang. Bahkan dari A sampai Z artikel tersebut merujuk Rizal sebagai tunangan Ella. "Semua orang buat silap. Bagi saya, itu semua tersalah tulis. Ketika saya ditemu bual oleh penulis berkenaan, saya tidak bermaksud Rizal adalah tunangan saya. Sebenarnya, sukar untuk saya jelaskan di sini mengapa penulis tersebut boleh tersalah anggap dan tersalah tulis tetapi saya tidak marah kerana saya faham penulis tersebut tidak sengaja membuat kesilapan seperti itu. "Kalau Haszrul tak percaya bahawa saya ni masih belum bertunang lagi dengan Rizal, terpulanglah. Emak saya sendiri terkejut apabila diberitahu saya ni dah bertunang. Cuma apa yang boleh saya katakan di sini ialah saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap penulis ataupun majalah tersebut. "Lagipun, si penulis itu suclah pun meminta maaf daripada saya secara peribadi. Itu perkara kecillah kalau seseorang penulis tu tersalah anggap. Nak buat macam mana? Everybody makes mistakes:' ujar Ella tenang. Ella pilih bulu? SEPERTI kebanyakan artis tempatan, ramai yang enggan berterus terang dan bersikap terbuka apabila ada wartawan majalah berbahasa Melayu bertanya tentang hal peribadi mereka. Sebaliknya, apabila artis ini berhadapan dengan wartawan yang menulis menerusi medium Inggeris, dengan mudah mereka akan mengakui perkara-perkara yang selama ini sudah disoal oleh wartawan medium Melayu. Justeru, dalam hal Ella bertunang dengan Rizal, apakah Ella juga bersikap memilih bulu? Mengaku bertunang dengan wartawan majalah berbahasa Inggeris. Tetapi menafikan sekeras-kerasnya 'pertunangannya' itu apabila ditanya oleh wartawan majalah berbahasa Melayu. "Eh! Tidaklah macam tu. Saya tidak pernah pilih kasih ataupun memilih bulu. Saya tak sangka pula kalau ada pihak yang berkecil hati gara-gara artikel mengenai diri saya yang sudah tersiar dalam majalah bahasa Inggeris tu. Tak kanlah sampai ke tahap itu sekali? "Saya juga tak tahu nak buat macam mana untuk membaiki hubungan saya dengan wartawan lain yang mungkin terasa hati gara-garaartikel 'tunang' itu. Selama saya menjadi artis, saya menjalin hubungan yang baik dengan semua wartawan. Dan saya nak kekalkan hubungan yang baik itu selagi saya bergelar artis. "Untuk menyejukkan keadaan, saya nak katakan di sini kepada Haszrul bahawa sekiranya saya bertunang ataupun berkahwin, saya berjanji akan menjemput semua wartawan hiburan. Saya nak seluruh dunia tahu!" tekan Ella bersungguh-sungguh. LAGU POPULAR ALBUM Ilham Bicara, adalah album terbaru Ella selepas tiga tahun dia tidak merakamkan sebarang album baru. Selama tiga tahun, banyak perkara yang Ella lakukan sebelum menghasilkan album terbarunya ini. Kini terbukti, kerja keras selama tiga tahun berhasil lantaran TTT merupakan antara lagu paling popular dan sering tersiar di corong-corong radio. Tapi, masihkah Ella popular selepas tiga tahun menyepikan diri? "Pada saya, kalau nak buat album, tak fikir popular ataupun tidak. Yang terfikir ialah menghasilkan lagu terbaik. Saya menghargai masa dan pengalaman ketika saya menghasilkan album ini bersama lapan orang penerbit dan komposer tempatan.Fasal populariti menurun, pada saya, itu bukan soalnya. Pada saya, takkanlah kita artis ini nak popular sepanjang masa. Buat masa ini, memang Siti Nurhaliza sedang popular. Saya meminati dia, walaupun ramai pihak mempertikaikan kemenangan dan kejayaannya. "Saya menghormati kerajinan dia. Saya dah rasa dan alami apa yang sedang Siti lalui sekarang. Bukan mudah nak maintain dalam banyak perkara. Selepas tiga tahun tak bertemu peminat, alhamdulillah, album single TTT berjaya dijual sebanyak sepuluh ribu unit," kata Ella lagi.