|
-
Metal, bagaikan sudah sebati didalam diriku. Aku tidak mengetahui apa
puncanya aku berperasaan seperti metal. Adakah kerana aku nih sukakan "besi"
takpun aku sudah menjadi seperti seorang besi. Namun aku tidak menyesali
sedikit pon apa yang aku dah lakukan setakat ini, terasa seperti hendak
mencari "metal" pon ada juga. Bak kata seorang pujangga malang (sambil
menghisap rokok surya) "Apalah makna kehidupan ini jika tidak kerana
"metal" kerna dengan "metal" lah saya menjadi sihat dan kuat. Apakah
kaitannya metal dengan sekumpulan budak samseng. Aku tidak mengerti kerana
masyarakat menganggap metal ini adalah sebuah gaya hidup yang penuh dengan
kesamsengan. Adakah aku nampak seperti samseng atau seorang kaki pukul
takpun seorang yang BAPOK (bak kata kawan-kawan aku di Pandan Indah). Aku
tidak mengerti ini semua, kerna bagi aku metal itu adalah satu PASSION
yang sukar untuk diperolehi oleh mana-mana individu-individu biasa. CINTA?,
apakah kaitan cinta dengan metal. Adakah dengan cinta aku boleh menjadi "sehat
dan kuat". Cinta bagi aku adalah bak seperti debu-debu yang berterbangan
ditiup angin. Aku tidak memerlukan cinta untuk menjadi "sehat dan kuat",
aku memerlukan METAL untuk menjadi "sehat dan kuat". Pemikiran aku yang
nampak seperti kebodohan ini sebenarnya datang dari metal ini juga.
Sepanjang hidup aku menjalani kehidupan sebagai seorang yang besi ini juga
berjaya menjadikan aku seorang yang idealistik dan fantastik. Namun begitu
apakan daya besi jugalah yang menjadi tatapan aku dikala sanubariku
menjadi sepi dan sunyi. Aku sukakan besi yang menjadi seperti "sampah", "kehitaman",
"kematian" dan juga besi yang "berat". Rakan-rakan, apakah kaitannya
rakan-rakan dengan besi? Aku menjadi sedikit halusinasi apabila
rakan-rakan berada didalam besi, tika rakan-rakan tidak bercampur dengan
besi aku rasa seperti mahu menjualkan saja besi buruk tersebut
dikedai-kedai besi yang berdekatan. Namun aku tidak terdaya lagi mahu
menjual besi buruk tersebut kerana besi itu sangat berharga dan begitu
precious didalam sanubari besi ku ini. Namun begitu sekali lagi aku
diingatkan bahawa besi jugalah yang telah menjatuhkan moral dan maruah aku
didepan manusia-manusia sepi yang hanya bertopengkan muka yang hensem dan
hati yang waja. Hensem, apakah kaitan hensem dengan besi, sekali lagi aku
menjadi seperti dirasuk tatkala besi sudah bercampur dengan kehenseman
sejati. Aku tidak tahu mengapa, tetapi aku rasa hensem itu diperlukan
tatkala ingin menjadi seorang besi yang tersohor dan juga dijulang bagai
raja yang baru saja ditabalkan untuk memegang tampuk pemerintahan sesebuah
negara. METAL....METAL...METAL...oh hanya dikau sajalah yang memenuhi
ruang disegenap sudut hatiku yang tengah dilanda strok dan menapouse yang
teramat sangatlah tegar jawabnya. |
|
- Metal, disaat dan ketika ini aku bagaikan
tidak percaya yang dikau telah menjadi begitu kaya dan ampuh sekali
bagaikan aku yang hanya menjadi seperti seekor MONYET dibiarkan
terkapai-kapai bagai seorang lawak badut yang hanya menghiasi
dinding-dinding di sebuah dewan serbaguna yang berdekatan. Aku menjadi
sedikit kaku bilamana besi telah menjadikan aku miskin dan terjelepuk
didasar lautan atlantik yang begitu besar saiz benuanya. TIKUS, aku sangat
cinta padanya. Aku pon tidak tahu kenapa aku begitu benar-benar mencintai
TIKUS. Apakah kaitan TIKUS dengan besi. Begitu benar jauhnya TIKUS dengan
besi, langsung tidak ada kaitan dengan apa-apa warisnya. Besi adalah
sebuah sebatian dan TIKUS adalah sebuah kehidupan. Namun begitu, TIKUS ku
sudah mati tatkala menjadi bahan pemuas nafsu manusia-manusia yang
bertopengkan SHAITAN didalam longkang-longkang kecil berhampiran
pembentung najis yang berdekatan. Aku bagaikan sudah "kehilangan" dan besi
jugaklah yang menyelamatkan aku dari terus meratapi akan kehilangan TIKUS
ku yang sudah hanyut dibawa arus deras oleh ombak-ombak longkang yang
begitu besar, sebesar tsunami bagai lagak datangnya. Namun hidup perlu
diteruskan dan besi jugalah yang menjadi makanan harian ku daripada pagi
hinggalah ke petang dan seterusnya sampai ke malam. Sehingga perutku
buncit menjadi sebuah besi bulat yang tiada tolok bandingnya berbanding
dengan besi-besi yang lain. Siapakah petualang si pemburu TIKUS? aku masih
lagi mencari jawapannya sehingga ke hari ini. TIKUS...TIKUS...TIKUS..Arghh....!!!!!!!!!!!! |