RENCANA

23.02.2006 | PENULIS: CHI
 

LIPUTAN

VALENTINES IS FOR LOSERS SHOWCASE

 
AGENDA: VALENTINES IS FOR LOSERS
TARIKH: 17 FEBRUARI 2006
LOKASI: LOST GENERATION, KUALA LUMPUR
 

Showcase yang diberi judul Valentines is for Losers ini telah dilangsungkan di Lost Generation pada malam 17 Februari 2006 yang lalu. Show atau mini gig ini lebih bertemakan deklamasi sajak (poetry reading) daripada kawan-kawan kita yang berjiwa seni. "Untuk semua losers!", bak kata emcee kita pada malam tersebut.

Selain dari itu crowd yang hadir juga dapat menjamu selera secara percuma di mana makanan telah disediakan oleh Food Not Bomb Team (rugi korang tak pegi, beb!). Show ini adalah percuma, tetapi crowd yang datang bolehlah menyumbang sedikit untuk tabung Food Not Bomb. Kira entrances are based on donation, la…

Pada awalnya showcase ini dijadualkan akan bermula pada jam 8 malam kalau tak silap… namun, atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, show ini terpaksa ditunda agak lewat dan hanya dapat bermula pada pukul 10.15 malam.

Setelah diperkenalkan oleh emcee pada malam itu, geng Seeds Syndicate yang dibarisi oleh 6 orang pemuzik yang hebat dan berkaliber telah memulakan persembahan mereka dengan 2 buah lagu instrumental.

Show semakin panas dengan kehadiran saudara Rahmat Harun yang sempat membaca 2 buah sajak beliau dengan penuh perasaan dan tema yang penuh makna. Beliau juga menyanyikan 2 lagu dengan diiringi petikan beliau yang penuh emosi. Walaupun simple tetapi nampak ikhlas persembahan Rahmat ni…

Black mengambil tempat untuk persembahan ke-3 dengan memulakan persembahannya menyampaikan lagu-lagu cover dari Abiet G.Ade. Dengan vokal yang mantap serta diiringi petikan gitarnya yang syahdu sambil meniup harmonika, persembahan Black boleh dianggap sebagai memanaskan suasana terutama dengan lagu cover terakhir daripada beliau. Macam biasa didengar lagu ni… Yes! Black menyanyikan lagu rasmi parti Melayu Malaysia, Lagu UMNO.. Patriotik beb… Crowd yang tahu lagu tersebut turut ikut sama menyanyi. Tak taulah, kerana support Black ker atau kerana UMNO?.. hehe…

Persembahan seterusnya oleh duo, saudara Dimas dan Noh. Mereka menyanyikan 3 buah lagu dengan penyampaian vokal yang baik dan persembahan yang serba ringkas.

11.20 malam, setelah emcee mengumumkan Fathul akan memulakan persembahan, crowd yang lepak di perkarangan luar mula bergerak masuk ke dalam. Memang ekstrim show Fathul ni. Melankolik dan romantik. "Sing from the heart", bak kata Fathul. Dimulakan dengan lagu Sirna, diambil dari album solo beliau, crowd mula enjoy. 2 extra songs, permintaan ramai, walaupun sepatutnya hanya 3 buah lagu untuk malam itu… hehe, bolehlah dianggap malam tersebut sebagai malam Fathul.

Selepas itu, ada sesi persembahan di mana crowd boleh membuat persembahan seperti membaca sajak atau menyanyi. Penuh emosi semuanya. Takder date untuk valentine, kot? Hehe…

Lebih kurang jam 12 malam, persembahan terakhir daripada saudara Hishamudin Rais yang menyampaikan persembahan beliau yang berbentuk 'stand out comedy'. Tak kering gusi crowd dibuatnya… Unsur 18SX sikit beb tapi itulah realiti.

Show tamat lebih kurang jam 12.30 malam setelah sesi melelong CD Fathulistiwa Soundscapes "Romantikarat" dari Fathul. Yeah, valentine is for losers!

 

Seeds Syndicate hebat & berkaliber

Rahmat Harun penuh perasaan

Black bersemangat patriotik

Dimas & Noh serba ringkas

Fathul melankolik & romantik

Hishamudin Rais buat lawak

Sebahagian crowd yang hadir

Penulis bersama sahabatnya Ira

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1