|
AU
REVOIR lahir atas hasrat untuk menawarkan jenisan muzik yang baru dan
segar dalam persada muzik underground Malaysia. Asalnya hanya sekadar
sebuah projek namun kemudiannya bergerak semakin serius bilamana sambutan
dan sokongan yang diterima semakin menggalakkan. EKSTRIM telah mendapatkan
saudara Rammy yang merupakan teraju utama AU REVOIR.
"Asalnya aku saja-saja la buat projek band, lagipun aku memang peminat
muzik rock keras. Lalu tahun 2004 aku form AU REVOIR ni, lagipun masa tu
aku desperate nak main muzik sangat, band Thrash metal aku tak jalan sebab
masalah komitmen, BLACKFIRE pulak recording kami tergantong masa tu, Ajin
busy… satu saja ajak member aku tolong part gitar, selebihnya aku belasah
sendiri… so, bila keluar saja lagu pertama, sambutan memang memeranjatkan
la!! Aku pun ter-niat la nak teruskan usaha suci ini, haha!… buat muzik
yang lain sikit dari apa yang telah ada dalam scene underground kita ni",
Rammy menerangkan latarbelakang penubuhan awal AU REVOIR. Beliau sebelum
itu pernah menubuhkan band Thrash Metal, THE RAVENS.
Kedudukan
terkini line-up AU REVOIR terdiri daripada Rammy sendiri di bahagian dram,
vokal dan gitar, dibantu oleh Hashim dan Yen yang mana kedua-duanya di
posisi gitar juga. Walaubagaimanapun menurut Rammy status Yen masih belum
dapat disahkan lagi, samada sebagai ahli tetap ataupun sekadar sessionist
sahaja. Rammy turut memberitahu beliau mahu AU REVOIR bergerak dengan
barisan pemuzik yang lengkap di mana pada masa ini telah ada beberapa
pemain dram yang telah menunjukkan minat untuk menganggotai band ini.
Namun demikian untuk mendapatkan pemain dram yang betul-betul memenuhi
kriteria, sesi audition perlu dilalui terlebih dahulu. "Sesiapa yang
berminat boleh la hubungi aku… yang penting minat konsep AU REVOIR, we'll
to work out something", ujar Rammy.
"Hard Rock? mungkin? Tapi fokus utama psikologi… masalah sakit jiwa",
demikian kata Rammy ketika diminta mengulas bentuk muzik bawaan AU REVOIR.
Bila dirujuk kepada biografi band ini, AU REVOIR mahu dikenali sebagai
sebuah kumpulan Speed Rock, memainkan muzik yang kedengaran ringkas,
melankolik, berat dan pada masa yang sama menyakitkan. Pengaruh dan band
rujukan dalam pembentukan muzikal AU REVOIR agak banyak sebenarnya… tiada
had. "Ya lah, akukan peminat muzik ekstrim macam hang gak… tapi mungkin
kita boleh spesifik-kan untuk AR ni… erm… Sentenced, Tiamat, Anathema,
King Diamond, Bathory, Scorpions, Judas Priest dan sebagainya", tambah
beliau lagi. Tema lirikal AU REVOIR pula merangkumi segala macam
perkisahan berkaitan sakit jiwa, tekanan jiwa, jenayah cinta dan anti-hidup.
Sehingga kini AU REVOIR telah berjaya merilis 3
material:
The Knife - Promo CD (Julai 2004)
Dead By Tomorrow - Promo Single CD (Februari 2005)
Dying Just As I - Promo Single CD (November 2005)
Bercakap
tentang produk rakaman terakhir yang dikeluarkan iaitu "Dying Just As I",
Rammy memaklumkan kesukaran bagi menjalankan promosi dan penjualan Promo
Cd tersebut yang telah dirilis pada November 2005 lalu. Alternatifnya,
lagu tersebut disediakan percuma untuk dimuat-turun. "…aku upload dalam
laman myspace AR, aaahh! sekarang dah masalah nak buat flyer nak jual cd
la. Nanti KDN trace kena tangkap. Mampuih! hahahah! so, sesiapa yang
berminat download la… no hal!", menurut Rammy.
AU REVOIR khabarnya pada masa ini dalam proses merakam material baru
secara home studio. Kaedah ini digunapakai kerana dikatakan senang untuk
bereksperimen dan mendapatkan hasil akhir rakaman yang terbaik dan
menepati kehendak band mereka. Rammy menolak penggunaan seorang jurutera
bunyi kerana bimbang berlaku perselisihan idea. "Tak boleh pakai sangat
idea sound enginner kita ni. Bukannya faham sangat idea kita. Lagipun,
bila kita ada equipment sendiri, tak rush sangat. Lagu baru akan
direkodkan sebaik saja equipment lengkap", kata Rammy yang kini dalam
usaha melengkapkan segala keperluan home studio beliau.
Untuk perancangan masa hadapan serta halatuju dan sasaran band, Rammy
dengan ikhlas memberitahu, "Buat lagu selagi termampu. Tiada target nak
masuk market mainstream. SERIOUS aku cakap! tapi kalau banyak orang terima
muzik aku, kira bonus la. Lagipun, buat masa ni untuk kepuasan sendiri la.
Sebab sampai sekarang ni aku dok rasa lagu aku pun tak best mana pun…".
Rammy juga merupakan seorang editor untuk fanzine bikinannya bernama
KEMENYAN. Beliau berpendapat bahawa kelebihan teknologi hari ini begitu
banyak, segalanya mungkin. Tetapi bergantung pada kreativiti juga. "Macam
budak-budak kita sekarang ni la… segalanya mudah, main instrumen pun
dasyat-dasyat. tapi penulisan lagu average gak, takda magik-nya.
Kreativiti tu susah nak jana… kena ada feel sama. Jadi aku rasa orang dulu
buat muzik lebih feel, walaupun sound dan tech rendah", tambah beliau
berkenaan muzikal terkini berbanding rilisan terdahulu.
"Makin mundur la, sebab sekatan pihak berkuasa. Dah la sebelum kena banned
pun penuh dengan band yang sound sama saja. Macam takda color la scene
kita… hahaha! lantak la…", komen Rammy kecewa dengan scene metal
underground Malaysia ketika ini.
Rammy
yang juga bermain dalam band lagenda BLACKFIRE yang bakal merilis sebuah
album sedikit masa lagi turut berharap AU REVOIR bakal beraksi di atas
pentas. "Mungkin main nanti… dah dapat offer main berkali-kali tapi susah
la kalau ada dua org saja line-up. Untuk masa sekarang, stick as studio
band", jawab Rammy ketika ditanya tentang penyertaan dalam sebarang gig.
"Sesiapa yang berminat (especially girls! haha!) nak join band ni boleh la
hubungi aku, tapi yang tinggal di area Subang dan KL saja la. Bukan apa,
senang nak bincang, kalau jam tu memang jarang… hahah! Tapi biar aku
bagitau siap-siap, aku bersifat diktator dalam penulisan lagu… hahahah!",
demikian kata Rammy menyatakan pendiriannya menutup temubual EKSTRIM
bersama AU REVOIR.
HUBUNGI:
[email protected]
www.myspace.com/thetrueaurevoir |