RENCANA

22.02.2006 | TEKS: SUFIAN | INFO & FOTO: ARKI
 

NEFERTY : Muzik Progresif Lirik Positif

 

Mengikut perkiraan usia, NEFERTY telah wujud sejak 7 tahun yang lalu. Sepertimana kebanyakan kumpulan muzik yang lain, NEFERTY juga mengalami beberapa pertukaran anggotanya, ditambah pula dengan masalah sukar mendapatkan pemuzik yang sesuai dengan kehendak muzikalnya. "Kami memulakan band ini pada tahun 1999 secara rasminya. Bermula dengan line-up Apitt (vokal), Tharyll (gitar), Arki (bass) dan Hariedzul di posisi dram. Line-up ini kekal sampai tahun 2000. Selepas itu berlaku banyak pertukaran line-up terutama sekali di posisi dram sebab di Kedah cukup susah juga hendak mencari pemain dram yang bagus dan boleh mengikut rentak yang kami bawakan", kata Arki yang tampil mewakili NEFERTY.

LINE-UP TERKINI:
Shimi - vokal (dahulunya bersama Crodox)
Tharyll - gitar utama & ritma
Arki - gitar ritma & utama
Well - bass
Apitt - dram


Muzikal NEFERTY agak sukar juga untuk didefinasikan. Mereka mengadun pelbagai genera Metal yang lebih ke arah Eropah. Arki yang beralih dari instrumen bass kepada gitar sekarang memberitahu, "Kami bermain macam-macam jenis muzik dalam genre Metal ni, tapi untuk material terbaru kami, kami lebih tumpukan kepada muzik metal dari Euro dengan memasukkan elemen-elemen progresif, teknikal dan sedikit melodik ke dalam muzik kami". Pengaruh muzikal NEFERTY biasanya berubah-ubah mengikut pendengaran semasa. "Kami cuba mencari identiti muzik kami sendiri dan cuba menghadkan pengaruh kami", jelas Arki. Band yang menjadi rujukan NEFERTY ialah Dark Tranquillity, Dream Theater, Metalasia dan juga Langsuyr.

 

Produk rakaman terakhir yang dirilis oleh NEFERTY ialah Four X Demo a.k.a P.A.L.E.S.T.I.N.E Single edaran Stuck Music Records. Ia telah terjual melebihi 1000 salinan di seluruh Malaysia. "Persembahan muzik kini lebih mementingkan mutu rakaman dan sound yang lebih bright berbanding muzik terdahulu yang mementingkan persembahan mantap secara live serta sound yang raw", balas Arki ketika ditanya pendapat beliau tentang persembahan muzikal terkini berbanding rilisan terdahulu. "Tema senikata kami lebih menjurus ke arah pergolakan dunia antara kuasa barat dan negara islam, dan semestinya kami menghasilkan lirik-lirik yang positif dan boleh didengar oleh sesiapa sahaja", menurut Arki merujuk kepada subjek yang sering ditulis dalam senikata NEFERTY.

 

Shimi Tharyll Arki Well Apitt

 

DISKOGRAFI:
Lust Munite Compilation - Stuck Music Records (2000)
Bara a.k.a Breaking Ground ll - Life Records (2002)
Wait Semenet Compilation - Stuck Music Records (2003)
Four X Demo a.k.a P.A.L.E.S.T.I.N.E Single - Stuck Music Records (2004)


NEFERTY ditubuhkan bukan sekadar menjadi band studio sahaja dengan hanya menghasilkan rilisan-rilisan rakaman. Mereka juga sering muncul membuat persembahan dalam beberapa siri gig. "Alah… aku tak ingat la… ada lebih kurang 9-10 gig yang kami dah main. Gig terahkir kami main pada awal tahun baru-baru ni", ujar Arki. Antara gig yang pernah disertai adalah seperti Bad Hair Day, Scream For Peace dan Kopi Sechewen tour di Alor Star.

Arki seterusnya berkata, "Perancangan kami pada masa hadapan adalah untuk meningkatkann mutu persembahan secara live dan buat masa sekarang juga kami lebih tertumpu untuk menyiapkan material terbaru kami dan semestinya menjanjikan persembahan yang terbaik untuk semua metalhead". NEFERTY diberitakan sedang giat mengumpul material terbaru untuk sebuah rilisan EP dan juga untuk penampilan dalam kompilasi Tribute To Spiral Kinetic Circus.

"Scene muzik metal di Malaysia ni agak slow berbanding dengan scene negara-negara jiran kita akibat perikalu media cetak tempatan yang lebih mementingkan maximum profit dari karya-karya pemuzik tempatan. Diharapkan tahun ini tiada lagi berlaku serangan psikologi pihak media kepada pemuzik metal tempatan yang hanya ingin berkarya", komen Arki tentang suasana semasa persada metal underground tanahair.

Bagi mengakhiri sesi bicara ini, Arki mengalungkan ucapan terimakasih kepada pihak EKSTRIM yang sudi menemubual dan bertanyakan khabar NEFERTY, juga beliau berterimakasih kepada semua pembaca yang sudi membaca dan menyokong mereka selama ini. Beliau mahu rencana ini ditutup dengan satu peringatan - MUZIK BUKAN CARA HIDUP, ISLAM SUDAH MENCUKUPI (lengkap & sempurna)…

INFORMASI:
[email protected]
www.myspace.com/neferty

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1