RENCANA

22.02.2006 | SUMBANGAN: SOUNDMASTER
 

LIPUTAN GIG

FOR VALENTINE

 
AGENDA: FOR VALENTINE
TEMPAT: COSWAY MUSIC HALL, MANJUNG
TARIKH: 18 FEBRUARI 2006
MASA: 12.00 TGH
 

Jam 9.00 pagi saya bertolak ke Manjung, Perak bersama dengan band-band dari Jitra iaitu TEARS ARE BLOOD, VENDETTA, CHASING BY DILEMMA serta crowd dari Jitra. Ketika kami sampai lebih kurang pada jam 1.00 petang di perkarangan Cosway Music Hall, kelihatan beberapa band baru sahaja selesai membuat soundcheck. Gig yang sepatutnya dijadualkan bermula pada jam 12.00 tengahari telah tertunda ke jam 2.15 petang dengan persembahan pembukaan oleh band screamo punkrawk dari Manjung iaitu LOGIC SYSTEM dengan lagu pertama mereka Sicksleksick Ride dan diikuti Bad Hairday, Pleasure Turns Preassure, The Last Kiss Before I Die.
 
Band kedua pada hari itu merupakan band yang bermuzikkan post grunge rock iaitu NERVEDELESS dari Kepong yang membawa lagu Gone, Alone By Myself, Hold Still, A Minor. Ketika persembahan mereka, kelihatan crowd mula bergerak ke hadapan pentas untuk memberi sokongan terhadap band tersebut.
 
Persembahan seterusnya yang begitu mantap dan yang dinantikan telah mendapat sambutan di kalangan band dan crowd iaitu band dari Manjung BLEEDING MASCARA dengan lagu pertama mereka Blood Tears Corpse kemudian disusuli Falling With Decor Your Pride, dan lagu terakhir The Truth Is More Worth It. (Oven Chamb Of God) Black Label. Semasa persembahan mereka terdapat masalah teknikal sedikit iaitu jack plug dan tali gitar putus.

 

Boleh tahan juga awek-awek Hocus Pocus ni...

 

Band seterusnya dari Selangor yang mempunyai dua orang vokalis perempuan iaitu HOCUS POCUS turut mendapat sambutan daripada crowd dan band. Boleh dikatakan semua crowd bergerak ke hadapan pentas. Band ini membawa lagu pertama mereka yang berjudul I Choose Dia, Don’t Wanna Be With You, serta dua lagu cover iaitu Since You Been Gone dari Kelly Clarkson dan Luka Lama dari Cokelat.
  
Band seterusnya band screamo dari Jitra TEARS ARE BLOOD dengan lagu mereka sendiri iaitu Undying Memories, Dancing With A Little Sword, Once In A Blue Moon dan lagu cover When The Sun Sleeps. Band ini mempunyai crowd yang ramai, ketika persembahan mereka ada crowd yang menyanyi bersama-sama serta mendapat sokongan dari band-band yang lain.
  
Persembahan seterusnya band di bawah label RIVERBEAT dari Sungai Petani iaitu VIOLET GRAY dengan membawa lagu Proximity Effect, Its Dangerous Business Alking Out Your Front Door (Underoath), Sketches Of Scattered Pieces, Heart Attack Again.. Vol 2, 44 Calibre Love Letter (Alexisonfire).

 

Sokongan padu para penyokong Tears Are Blood

 

Persembahan seterusnya JULIE LOVE ROLLS dan MAGIC JANUARY saya tidak dapat melihat persembahan mereka kerana saya turun ke bawah kerana ada urusan. Semasa saya naik semula ke Cosway Music Hall kelihatan di pentas band dari Jitra iaitu CHASING BY DILEMMA, terdapat crowd yang ramai di depan pentas yang sedang menyanyi bersama-sama mereka menyukarkan aku untuk pergi ke hadapan, mereka membawa lagu-lagu seperti The Truth World, Wish I Lie dan Its Not Impossible.
  
Seterusnya band penganjur mengambil alih penguasan pentas iaitu CHEIO bermuzikkan screamo dari Manjung dengan lagu mereka You Might Come Back Here dan Phase 1.1. Di hadapan pentas kelihatan ketika ini crowd mula berganjak dari hadapan pentas kerana setelah sekian lama bermandikan peluh serta dengan nyanyian dan sorakan.
  
Band seterusnya band progressive dari Pulau Pinang iaitu PREDICATE NOT DEFINED. Ketika band ini naik ke pentas, penganjur memberitahu azan telah berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib dan gig direhatkan seketika. Setelah jam menunjukkan 7.45 malam mereka telah memulakan persembahan dengan lagu 3rd Knight Revelation, Xenoplobia, Unspecified Song, Behind These Hazel Eyes, lagu cover dari Kelly Clarkson, A Metter Of Killing The Band dan yang terakhir lagu berjudul Thank You ditujukan khas untuk semua yang datang pada hari itu.

 

Chasing By Dilemma dari Jitra, Kedah Darul Aman

 

Setelah habis persembahan mereka band dari Jitra juga telah mengambil alih penguasaan pentas iaitu VENDETTA dengan lagu A Piece Of Poetry For Everyone To See, Enveloped In Bleak Darkness, The End Of Heartache (cover), Dying And Cry, Love Lost In A Hail Of A Gun Fire (cover). Ketika persembahan mereka lampu telah dipadamkan. Persembahan band ini mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan band dan crowd walaupun di sebelah malam.
  
Persembahan seterusnya daripada dua band skinhead dari Manjung iaitu BACKSTABBER dan THE OUTLAW. Saya tidak dapat menyenaraikan judul-judul lagu yang dimainkan oleh band-band ini kerana saya tidak dapat berjumpa mereka selepas tamatnya gig tersebut tetapi persembahan mereka mempunyai crowd yang tersendiri.

 

PELAPOR

Shahrizal dari SOUNDMASTER ENTERTAINMENT
www.myspace.com/sound666

[email protected]

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1