PERADUAN 15.01.2006

 

5 keping Promo CD band DARKREGIME untuk dimenangi !!!

STATUS : PERADUAN MASIH DIBUKA

 

INTRODUKSI
Untuk makluman anda, kumpulan DARKREGIME dari Kelantan pada masa ini sedang dalam proses pra-produksi dan rakaman studio lagu-lagu terbaru mereka yang bakal dimuatkan dalam sebuah Demo EP (format CD) yang dijangka rilis sekitar Februari / Mac 2006 nanti. Sementara menanti kelahiran Demo EP tersebut, pihak EKSTRIM dan juga atas kerjasama DARKREGIME dengan bangganya menyediakan sebuah PERADUAN yang mana sejumlah 5 keping Promo CD mereka berjudul "…The Beginning Of The Dark Empire" yang dikeluarkan pada 11 Julai 2005 lalu. Sebagai bonus, setiap keping Promo CD ini turut disertakan VCD yang mengandungi aksi 'live' DARKREGIME di gig Time Action yang berlangsung di AP Valley, Pulau Pinang pada 24 September 2005.

HADIAH
5 keping Promo CD "…The Beginning Of The Dark Empire" + 5 keping VCD
(sejumlah 5 pemenang akan dipilih)

PENYERTAAN
Secara mutlaknya tiada tarikh tutup ditetapkan untuk peraduan ini. Prosedur peraduan ini berjalan dengan kaedah menerima 50 penyertaan sahaja dan dibuat melalui kiriman emel (borang peraduan secara online). Anda boleh menyertai peraduan ini seberapa banyak yang anda mahu tetapi mestilah menggunakan alamat emel yang berlainan. Penyertaan berulang kali dengan penggunaan emel yang sama akan ditolak (hanya penyertaan kali pertama akan diambilkira). Peraduan akan ditutup sebaik sahaja menerima peserta yang ke-50 (peserta selepas angka ini akan diabaikan). Pemilihan 5 pemenang bertuah adalah hak muktamad pihak EKSTRIM. Pemenang akan ditentukan berdasarkan ketepatan jawaban dan undian rawak. Sejumlah 5 pemenang yang bertuah akan diberitahu melalui emel.

BORANG ONLINE
Usah berlengah lagi, sertai peraduan ini sekarang! Sila jawab 3 soalan mudah dan nyatakan alamat emel anda (pastikan ianya ditulis dengan betul). Isi dan hantar penyertaan anda menggunakan (klik link berikut):
BORANG PENYERTAAN ONLINE PERADUAN PROMO CD DARKREGIME

Nota:
Sila layari laman EKSTRIM (rujuk ruangan RENCANA dan ULASAN) untuk mendapatkan jawaban yang tepat. Selamat mencuba.

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1