BULETIN

[ BERITA RINGKAS BULANAN ]


MAC 2006

Kelolaan: Redaksi Ekstrim

03.03.2006 CATARRH : "Reborn" Bersama Line-up Baru
Bak kata penantian yang akhirnya terjawab. Khabar tentang kelahiran semula CATARRH kini menjadi realiti. Sesudah begitu lama menyepi, band ini kembali meriliskan demo terbaru mereka berjudul "Reborn" yang mengandungi 4 buah lagu. CATARRH kali ini menampilkan vokalis Ezan Maggot bersama Ajak (gitar), Apai (bass) dan Ady (dram). Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ajak di [email protected].
  
02.03.2006 INSECURE : Single Kedua Diterbitkan!
Single kedua yang dinanti-nantikan selama ini akhirnya dikeluarkan. INSECURE mempersembahkan "Endless" yang sekarang ini diperdengarkan di ruang myspace mereka. Sila tinggalkan pendapat anda terhadap lagu tersebut. Komen walaupun baik ataupun buruk diterima dengan rela hati.
www.myspace.com/insecure
  
02.03.2006 DISSECTOMY : Rilis "Tribulation" EP
Band Death Metal berpotensi dari Pulau Pinang iaitu DISSECTOMY baru sahaja meriliskan EP mereka yang berjudul "Tribulation". Ianya secara rasmi mula dipasarkan pada 2 Mac 2006. Harga untuk tangan ke tangan cuma RM8 manakala melalui pihak ketiga RM10. Berikan sokongan anda sekarang! Mereka takkan mengecewakan anda!
www.myspace.com/dissectomy

 
KEMBALI

 

Hosted by www.Geocities.ws

1