BULETIN

[ BERITA RINGKAS BULANAN ]


FEBRUARI 2006

Kelolaan: Redaksi Ekstrim

28.02.2006 INFERNAL AGONY PRODUCTION : Pengumuman Terkini
Mulai sekarang, Predator tidak lagi berada di bawah Infernal Agony Production. Ini bukanlah kerana mereka ditendang keluar oleh pihak label atau mereka sendiri yang memutuskan keluar tetapi disebabkan band ini telah dibubarkan. Teraju utama band ini walaubagaimanapun menyebut beliau akan menubuhkan sebuah band baru dengan nama baru dan beberapa pertukaran line-up. Band baru yang bakal ditubuhkan ini bakal berada di bawah Infernal Agony Production.
www.myspace.com/infernalagonyproduction

28.02.2006 SELFMADEGOD : Lagu Baru Dari Bakal Split CD
Band Grindcore dari Serdang iaitu SELFMADEGOD telah memasukkan lagu-lagu baru yang bakal dimuatkan dalam sebuah projek Split CD bagi tujuan pra-dengar di ruangan myspace mereka. Split CD bersama KERENANEKO tersebut dijangkakan terbit April/Mei 2006 nanti. Never stop moshing!
www.myspace.com/selfmadegod

28.02.2006 MIXING RED AND BLUE : Rilis Demo Baru
Band MIXING RED AND BLUE telahpun merilis demo terbaru mereka "Nothing More For Us" yang mengandungi 5 lagu iaitu No One, Burning Me Inside, Again To Feel, Why Don't You Just Believe dan First Tribe (Instrumental). Maklumat lanjut: www.geocities.com/mixingredandblue atau [email protected].
www.myspace.com/mrab

28.02.2006 AWAKEN : Sibuk Praktis
Band AWAKEN agak sibuk sekarang berlatih bersama pemain bass baru mereka. AWAKEN khabarnya telah menyudahkan hampir 70% proses rakaman material mereka untuk kompilasi Voices Of Hardcore yang bakal rilis tahun ini. Atas dasar kesibukan ini, AWAKEN tidak mungkin dapat mengadakan persembahan sehingga Mei nanti namun harapnya dapat muncul di pentas mulai Jun sekiranya mendapat undangan.
www.myspace.com/awaken

28.02.2006 THE FALLING GRUDGE : Perubahan Line-up
Pemain gitar Anan telah dikeluarkan dari THE FALLING GRUDGE atas beberapa sebab. "Tiada apa yang buruk berlaku antara kami, ini dilakukan demi kebaikan beliau", ujar Sendat pemain dram. Afix telah mengambilalih tempat Anan sebagai pitaris kedua manakala Ajid kini sebagai gitar utama. 4 buah lagu telah direkodkan (tanpa vokal) untuk EP akan datang. Nantikan mereka menyudahkannya…
www.myspace.com/fallinggrudge

27.02.2006 MAJALAH EXPOSURE : Perlukan Bantuan Anda
Dukacita dimaklumkan MAJALAH EXPOSURE agak sukar didapati di kedai-kedai majalah berhampiran. Ini adalah kerana mereka meletakkan MAJALAH EXPOSURE ini di tempat yang agak tersembunyi ataupun lebih senang dikatakan "ceruk". Bantulah MAJALAH EXPOSURE dengan bertanya kepada tuan kedai mahupun pekerja kedai tersebut mengenai majalah ini. Cepat sementara stok masih ada!
www.myspace.com/majalah_exposure
 
21.06.2006 GODAM : Projek Thrashcore Melayu
Penubuhan GODAM adalah cetusan ilham Bentara yang juga merupakan gitaris LANGSUYR. Pada masa ini dianggap sebagai sebuah band projek, GODAM akan mengembalikan irama thrashcore di bawah pengaruh otai hardcore dan US thrash. Khabarnya sedang merancang untuk masuk studio bulan Mac nanti bagi rilisan pertama mereka yang dijangkakan mengandungi 4 buah lagu thrashcore Melayu.
www.i-bands.net/audiovault/bands/1497

21.02.2006 INCARCERATE : Bakal Rilis Promo
Satu lagi band dari Kelantan iaitu INCARCERATE akan muncul dengan sebuah promo tidak lama lagi. Mereka memainkan muzik yang bolehlah didefinasikan sebagai Technical Death Metal. Baru selesai merakam sebuah lagu pada 19 Februari 2006. Sebuah lagi akan dirakam penghujung bulan Mac nanti. Hubungi [email protected] untuk sebarang pertanyaan.

21.02.2006 BAZZAH : Album Ketiga Dalam Proses
Melalui SMS, seseorang telah menghubungi Ekstrim memberitahu bahawa BAZZAH telah selesai proses rakaman untuk album ketiga mereka di sebuah studio di Kuala Lumpur. Pada masa ini material tersebut di peringkat pengadunan (mixing). Perkhabaran ini katanya datang dari salah seorang ahli band berkenaaan iaitu Yus. Nantikan perkembangan selanjutnya.

21.02.2006 SYMPHONIC SOUND STUDIO : Dibuka Sekarang !!!
Sebuah studio baru telah dibuka untuk jamming, praktis dan rehearsal. Lokasinya di Seksyen 13, Shah Alam (berhampiran GIANT Hypermarket/Politechnic). Studio ini dimiliki oleh Imran ANOREXIA dan rakan kongsinya. Alamat: Symphonic Sound Studio, No.16A, Jalan Rugbi 13/3, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor. Kos: RM 22 sejam. Tempahan/Pertanyaan: 0176930504 (Imran).

21.02.2006 EVERLASTING TALES : Bukan Sebarang Diam
Symphonic Epic Metal EVERLASTING TALES agak menyepi sekarang ini. Namun diam mereka bukan sebarang diam. Mereka sebenarnya sedang memberi penumpuan membikin material untuk rilisan EP akan datang. Mizal (dram) memberitahu muzikal kali ini masih mengekalkan identiti simfonik dan epik tetapi turut diselitkan bahagian-bahagian teknikal dan progresif agar kedengaran tidak tipikal berbanding rilisan terdahulu.
www.everlastingtales.tk
 

20.02.2006 SICKSOCIETY : Beraksi Di Indonesia
Satu-satunya dari Malaysia, SICKSOCIETY mendapat jemputan khas untuk beraksi di GERILYA MUSIK UNDERGROUND anjuran Unit Seni dan Vokal Universitas Jayabaya pada 26 Februari 2006 nanti di Dewan Kampus A, Universitas Jayabaya, Jl. Polumas Selatan, Jakarta Timur. Selain darinya adalah band Indonesia seperti Stepforward, Siksa Kubur, Noxa dan banyak lagi. Ayuh kita sokong band kita!
www.myspace.com/sicksociety
 
19.02.2006 LANGSUYR : Laman Rasmi Dikemaskini
Bagi anda yang sentiasa mahu mengikuti perkembangan LANGSUYR, sila layari laman rasmi mereka yang baru sahaja dikemaskini dengan kemasukan beberapa berita terkini, gambar-gambar terbaru dan kesemua lirik dalam album "Asyik" yang hanya menunggu masa sahaja untuk diriliskan.
langsuyr.metalterus.com.my
 
19.02.2006 AU REVOIR : Lagu Baru
Kumpulan Heavy Metal / Speed Rock AU REVOIR baru sahaja meletakkan sebuah lagu baru di laman myspace mereka untuk anda muat-turun dan menikmatinya.
www.myspace.com/thetrueaurevoir
 
19.02.2006 HEARTS ON FIRE : Gig @ Pulau Pinang
HEARTS ON FIRE akan bermain di More Than Meets The Eyes, sebuah gig anjuran Earthshakers Music, FYI Entertainment & Church Street Café pada 5 Mac 2006 nanti. Lokasinya di Church Street Café, Church Street, Pulau Pinnang. Lain-lain band antaranya Poseidon, Triple 6 Poser, Y2K dan banyak lagi.
www.myspace.com/heartsonfire
 
18.02.2006 PYRO : Dalam Pengumpulan Material
Band Grindcore PYRO baru sahaja membuat persembahan di sebuah Jam Session bersama SickSociety, Torture Incident, Spermblast dan Dislocated Cerebrum di Setiawangsa/Keramat pada 17.02.2006. Pada masa ini juga mereka sedang menumpukan kepada proses mengumpul material untuk projek album penuh dan rilisan split akan datang.
www.myspace.com/pyro
  

13.02.2006 VOCIFERATION ETERNITY : Persediaan Album Baru
Vociferation Eternity kini dalam pengumpulan material untuk merakam album terbaru mereka pada pertengahan 2006. Album yang akan menerjah pasaran arena metal Malaysia ini berkemungkinan memuatkan lagu-lagu dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. "ZURIAT" merupakan tajuk yang akan diberikan pada album kali ini. Tidak lupa juga, Vociferation Eternity telah menerima kemasukan ahli baru iaitu Aloymetal (Dusk) yang akan bertindak sebagai gitaris.
  
13.02.2006 ANOREXIA : Rakam Material Terbaru
Death Metal dari Banting, Anorexia kini sedang merakam material terbaru di bawah label baru mereka iaitu Morggorm Music. Rakaman kesemuanya akan berlangsung di Morggorm Music Studio.
www.myspace.com/anorexia
 
13.02.2006 SUFFERCATION : Kembali ke Death Metal?
Suffercation dikatakan akan muncul dengan album baru tetapi kembali dengan konsep Death Metal. Menurut LY, line-up untuk album ini masih mengekalkan Rob, sebagai gitar/bass serta kepulangan Jeff sebagai gitar/vokal. 3 - 4 buah lagu sudah dirakam sebagai asas muzik mereka. Berita selanjutnya boleh didapati di www.metalterus.com.my (dipetik daripada MetalTerus).
 
13.02.2006 IROTORI : Sertai Kompilasi Xfresh
IROTORI kini sedang menunggu lagu mereka dipasarkan melalui album kompilasi Xfresh. Terdapat 10 band yang terlibat dan masing-masing telah merakamkan sebuah lagu. Menurut pihak Xfresh, band-band terlibat akan membuat persembahan di beberapa universiti & kolej untuk promosi album kompilasi itu.
www.myspace.com/irotori
 
13.02.2006 PYRO : Dalam Proses Rakaman
PYRO, grindcore dari Kuala Lumpur telahpun memulakan rakaman untuk album mereka yang dikhabarkan akan menerjah pasaran pada pertengahan tahun ini. 10 track lagu sudahpun disiapkan daripada 22 track lagu yang dirancang mereka. Untuk mendengar lagu-lagu PYRO bolehlah ke laman myspace mereka.
www.myspace.com/pyro
 

12.02.2006 BLINDTERROR : Perdengar Solo Kibod
Kumpulan BLINDTERROR mempelawa anda semua menikmati dan memberi pandangan tentang solo kibod yang dimainkan oleh pemain kibod & piano mereka iaitu Cikgu Azmie. Khabarnya mendapat inspirasi dari Maksim dan Warmen (Children Of Bodom), dengarkan di laman myspace band ini.
www.myspace.com/illusionmetal
 
09.02.2006 IMPURITY : Pradengar Lagu Baru
Death Metal Pulau Pinang IMPURITY memperdengarkan dua buah lagu baru mereka 'Cleansation' dan 'Silence Came' di laman myspace mereka. Gubahan lagu yang hebat. Layari sekarang!
www.myspace.com/impuritynoise
 
09.02.2006 DAMOKIS : Bakal Beraksi di Bangkok
Band grindcore DAMOKIS dijangka akan beraksi di gig DAMONIC FEST di Bangkok dalam bulan Mei nanti. Perkembangan lanjut dan maklumat gig akan diberitahu kelak.
www.myspace.com/damokisgrindcore
 
08.02.2006 SOUNDMASTER ENTERTAINMENT : Cari Band
Soundmaster Entertaiment merancang untuk menganjurkan sebuah gig di Alor Setar, Kedah dalam bulan Mac atau April nanti. Mereka kini mencari mana-mana band metal yang berminat untuk bermain di sana. Setakat ini berada dalam senarai mereka adalah Mandator, Samartary, Hearts On Fire, Dark Nirrajim, Dissectomy, Crodox dan Tragic Destiny. Hubungi Soundmaster Entertaiment jika band anda berminat.
www.myspace.com/sound666
 

07.02.2006 DYING TO BE APART : Projek Doom/Death
DYING TO BE APART merupakan satu lagi projek antara ahli Everlasting Tales dan Recidivist yang berkonsepkan Doom/Death akan mengeluarkan demo/promo yang bertajuk "Peaceful of Doom" tidak berapa lama lagi. Demo tersebut akan memuatkan 3 buah lagu termasuk 1 cover dari My Dying Bride.
 

07.02.2006 HEARTS ON FIRE : Rap Rockin Penang
Kumpulan HEARTS ON FIRE bakal beraksi di RAP ROCKIN PENANG (a showcase of independent rock and rap music) pada 26 Februari 2006 nanti. Layari laman myspace mereka untuk dapatkan maklumat terperinci, peta lokasi dan juga imej flyer gig tersebut.
www.myspace.com/heartsonfire
 
07.02.2006 DEVILICA : Lagu Baru
Band Post-Hardcore DEVILICA memperkenalkan sebuah lagu baru berjudul "honey, It's already 3:60 am now". Singgah di laman myspace mereka dan dapatkan pra-dengar lagu tersebut. Rilisan CD sulung band ini akan dikeluarkan oleh THIRD ARM RECORDS. Hubungi label berkenaan di www.myspace.com/thirdarmrecords.
www.myspace.com/thedevilica 

 

06.02.2006 VALOUNTRY : Mencari Kibodis
Pada masa ini kumpulan VALOUNTRY sedang mencari seorang pemain kibod. Sesiapa yang berminat, berbakat serta bermastautin di sekitar Kuala Lumpur, silalah hubungi mereka sekarang juga.
www.myspace.com/valountry

 

06.02.2006 D.M.A : Demo Mula Dijual
Demo terbaru dari D.M.A sedia untuk dijual sekarang. Harganya cuma RM6 sekeping CD. Bagi mendapatkannya, sila emel [email protected] untuk keterangan lanjut.
www.myspace.com/deadmanalive

 

01.02.2006 ET.CETERA : Kembali Bermelodi
Melodic Death Metal ET.CETERA khabarnya telah praktis semula setelah melalui tempoh rehat yang panjang (hampir 6 bulan). Kiranya ini peringkat "warming up". Dalam pada itu mereka sempat menggubah beberapa lagu baru. Rakaman mungkin Jun nanti untuk sebuah rilisan EP. Juga diberitahu ada pertukaran line-up melibatkan pengambilan seorang gitaris baru.
www.myspace.com/etcetera666

 
KEMBALI

 

Hosted by www.Geocities.ws

1