BULETIN

[ BERITA RINGKAS BULANAN ]


JANUARI 2006

Kelolaan: Redaksi Ekstrim

31.01.2006 NEFARIOUS AZARAK : Masih Mencari Label
Lagu baru 'Subverted to Condone Atrocities' boleh didengari di laman myspace.com/nefariousazarak atau nefariousazarak.net untuk diberi komen. NEFARIOUS AZARAK masih mencari sebuah label untuk merilis MCD/EP mereka tahun ini. Untuk itu mereka akan merakam beberapa lagu promo untuk diserahkan kepada label yang berminat.
 
27.01.2006 EXTORTION : "the fa" Diriliskan
Akhirnya, rakaman yang sekian lama ditunggu kini rilis melalui ENDUP RECORDS. Dapatkan info berkenaan EXTORTION dan juga "the fa" di laman myspace mereka. Untuk memesan, sila hubungi band ini atau label [email protected].
www.myspace.com/extortion666
 

24.01.2006 IROTORI : Single Pertama
Single pertama IROTORI berjudul "Winds of Pain" akhirnya berjaya dirakam dan diadun sepenuhnya. Pada masa ini mereka sedang menunggu saat yang paling sesuai untuk merilis material tersebut.
www.myspace.com/irotori 
 

22.01.2006 NEFTARAKA : Kembali Merakam Material
NEFTARAKA bakal kembali memeriahkan scene metal tanahair. Mereka khabarnya pada masa ini akan merakam dalam studio pada bulan Februari nanti untuk beberapa projek serta material kedua setelah 10 tahun menyepi. XXXull yang merupakan anggota band NEFTARAKA juga memberitahu fanzine bikinannya iaitu BLESSING MOMENT akan diriliskan isu #6 pada sekitar Mac 2006 akan datang. Emel: [email protected].
 

21.01.2006 INSECURE : Lagu Baru Diperdengarkan
Sebuah lagu baru diperdengarkan laman myspace INSECURE. Ini adalah sebuah lagu tema yang dinyanyikan oleh Faryee. Lagu ini ditulis oleh Kelly Ling dari kumpulan ALCENTRIC untuk siri animasi T-Force yang bakal ditayangkan nanti di sebuah saluran TV nasional.
www.myspace.com/insecure
 
20.01.2006 SICKMUSIC ENTERTAINMENT : Absolutely Raw-2
SICKMUSIC ENTERTAINMENT sedang mencari mana-mana band yang berminat untuk bermain dalam siri kedua gig ABSOLUTELY RAW anjuran mereka. Penganjur ini hanya mahukan band-band yang ekstrim seperti brutal death, gore dan grind. Sekiranya berminat sila hubungi melalui laman myspace mereka atau emel [email protected].
www.myspace.com/sickmusicentertainment

 

18.01.2006 RIVALBEAT : Kembara Jalanan Tour 06
RIVALBEAT, sebuah label kecil dari Shah Alam sedang menganjurkan "Kembara Jalanan TOUR '06". Tour ini akan berada di Johor Bharu (Johor), Kota Bharu (Kelantan) dan beberapa tempat lagi di seluruh Malaysia. Tour ini disertai oleh beberapa band dan record label lain seperti GEGEY MUSIC dan DEMISE RECORDS. Flyer telah pun keluar di laman myspace mereka.
www.myspace.com/rivalbeat 

16.01.2006 CANNARIS : Maklum Aksi 'Live'
Progressive Metalcore dari Kota Bharu iaitu CANNARIS dijadualkan beraksi 'live' di gig mini HURUxHARA pada 29.01.2006 di Zoom Studio, Kota Bharu (anjuran GEGEY MUSIC) dan KEMBARA JALANAN TOUR 06 pada 11.02.2006 di Countach Studio, Johor Bharu (anjuran RIVALBEAT). Maklumat lengkap di laman Myspace mereka.
www.myspace.com/cannaris

16.01.2006 WHISPERING AMOK : Undian @ ROTTW
Tanpa disangka band metal underground WHISPERING AMOK telah dicalonkan dalam 2 kategori undian ROTTW Musicpoll 2005 iaitu 'Best New Band' dan 'Most Controversial Band'. Sila bantu salurkan undian anda untuk band ini samada melalui penghantaran borang yang disediakan dalam majalah ROTTW ataupun secara online di www.rottworld.com.
www.myspace.com/whisperingamok

13.01.2006 MASS SEPARATION : Gambar Tour Indonesia
Lawati http://community.webshots.com/user/mass_separation untuk melihat pelbagai foto MASS SEPARATION semasa tour mereka di Indonesia. Diari penuh sepanjang tour tersebut akan disediakan pada masa akan datang. Tunggu…
www.myspace.com/massseparation

13.01.2006 LYCRA : Lagu Promo
Band Post Hardcore berasal Johor Bharu iaitu LYCRA mengajak anda semua menikmati lagu berjudul 'Dangerous Curve'. Menurut mereka sebarang komen amat dialu-alukan terhadap lagu promo tersebut.
www.myspace.com/lycrasux

12.01.2006 THE FROZEN SUN : Lagu Contoh
Keratan lagu kumpulan THE FROZEN SUN telah dimasukkan dalam laman Myspace mereka untuk didengar secara percuma dan diberi komen. Lagu contoh ini ditampilkan dalam bentuk instrumental sahaja.
www.myspace.com/thefrozensunband

11.01.2006 MORGGORM : New World Prosecution
Single band Thrash Metal Kuala Lumpur MORGGORM yang berjudul 'New World Prosecution' sedia untuk dimuat-turun di laman MySpace mereka.
www.myspace.com/morggorm

10.01.2006 THE TYPICAL FILTHY GRINDZ : Media Propaganda
Gubahan baru bertajuk 'Media Propaganda' dari band grindcore THE TYPICAL FILTHY GRINDZ kini boleh didengari di laman MySpace mereka.
www.myspace.com/thetypicalfilthygrindz

09.01.2006 HELLIMUNAN : Lagu Baru
HELLIMUNAN telah memperdengarkan sebuah lagu baru melalui laman MySpace mereka. "Some filthy thrash style...", kata mereka. Check it out!
www.myspace.com/hellimunan

08.01.2006 DARK REVO : Thrash Momentum
Lagu 'Poetry Of Death' yang dipetik dari demo "Thrash Momentum" karyaan kumpulan DARK REVO kini boleh didengari melalui laman MySpace mereka. Rasai momentum thrash metal dari band berasal Gombak ini dan berikan pendapat jujur terhadap lagu dan band tersebut.
www.myspace.com/darkrevo

 

06.01.2006 DUSK : Mantapkan Line-up Untuk Merakam

Kumpulan melodic metal, Dusk dari Ipoh kini hanya dianggotai oleh Aloy (gitar), Shahrul (vokal) dan Bapak (dram). Mereka ketika ini sibuk merakamkan lagu-lagu mereka yang bakal dikeluarkan nanti setelah kecewa dengan penghasilan demo sekitar tahun 2000 kerana tidak berjaya diriliskan dengan sempurna. Bagi memantapkan persembahan, mereka menjemput Arip (bass), Zaki (gitar kedua), Chi (vokal kedua) sebagai pemuzik jemputan. Nantikan kemunculan mereka nanti.

 

06.01.2006 PJ METAL HORDE : Rancang Rilis Kompilasi

Satu komuniti muzik metal di Petaling Jaya (PJ Metal Horde) sedang merancang satu kompilasi bagi memperkenalkan band-band metal yang menapak di sini. Dipercayai lebih kurang sebanyak 9 buah band akan menjayakan kompilasi ini yang masih belum diberi nama. Setiap band akan mempersembahkan 2 lagu sendiri dan menjadikan ia sebanyak 18 lagu kesemuanya.

www.myspace.com/pjmetalhorde   

 

06.01.2006 SICKSOCIETY : Aksi Di Indonesia & Singapura

Kumpulan SickSociety dikhabarkan telah mendapat 2 tawaran untuk bermain gigs di luar Malaysia iaitu di Jakarta, Indonesia dan Singapura sekitar bulan Februari dan Mac 2006. Semoga SickSociety berjaya memberikan persembahan yang mantap dan secara tidak langsung membawa nama Metal Malaysia ke negara jiran.

www.sicksociety.tk 

 

06.01.2006 M.I.N.E : Penyanyi Tunggu Hari

Pada masa ini penyanyi kumpulan M.I.N.E sedang berdebar menanti saat-saat menimang cahaya mata pertamanya. Pihak EKSTRIM mendoakan agar ianya akan selamat melahirkan puteranya nanti bahagia bersama keluarga tercinta. www.myspace.com/myinfidelityneverends 


05.01.2006 ANOREXIA : Kemaskini Laman
Laman myspace.com ANOREXIA telah dikemaskini dengan penambahan imej-imej baru termasuk foto line-up terbaru 2005/2006. Biografi band turut diperbaharui berserta kemasukan ruangan berita/blog. Difahamkan ANOREXIA pada ini masih dalam proses penyediaan meriliskan material/promo mereka.
www.myspace.com/anorexia

05.01.2006 WELKIN MIRROR : Cari Vokalis & Drummer
Band Epic Power Metal dari Ipoh iaitu WELKIN MIRROR sedang mencari vokalis dan pemain dram untuk memantapkan lagi line-up yang sedia ada. Hingga kini mereka sedang mengumpul material-material untuk dimuatkan ke dalam rilisan mereka yang akan datang. Untuk keterangan lanjut sila hubungi [email protected] ataupun Kawi (0125920530).
www.i-bands.net/audiovault/bands/1970

05.01.2006 D.M.A : Pendefinasian Semula Nama
D.M.A mengumumkan mereka telah mendefinasi semula nama band dari DEAD MAN ALIVE kepada DECENTS MAN ALIVE. Pertukaran ini adalah lanjutan dari beberapa perubahan dalam line-up pemuziknya dan juga kerana mereka akan bernaung di bawah sebuah record label yang mana definasi lama dikatakan tidak lagi sesuai digunapakai. D.M.A juga bakal merilis demo kedua pada pertengahan atau selewatnya penghujung Januari 2006.
www.myspace.com/deadmanalive

04.01.2006 PHANTOM OPERA : Klip Video Baru
Band metal/rock PHANTOM OPERA telah meletakkan klip video terbaru di laman myspace serta laman video mereka di www.studiolive.biz/phantomopera. Nikmati persembahan PHANTOM OPERA secara percuma !!!
www.myspace.com/thephantomopera

03.01.2006 SENSORY : Tampil Di Breakthru Radio
Metalis SENSORY mengumumkan bahawa material mereka akan dikeudarakan oleh Breakthru Radio (sebuah saluran radio khusus untuk metal/rock yang berpengkalan di New York) pada 6 Januari 2006. Layari: www.breakthruradio.com.
www.myspace.com/sensory

03.01.2006 SPITCONTRA : Mungkin Dibubarkan?
SPITCONTRA khabarnya tidak mungkin dapat dihidupkan kembali walaupun terdapat usaha yang dikatakan hampir berjaya untuk menyatukan semula kesemua anggota asal band tersebut. Ada di antara bekas ahlinya telah menubuhkan sebuah band baru yang masih dirahsiakan identitinya yang mana merancang untuk merekod dalam tahun 2006 ini.
www.myspace.com/spitcontra

02.01.2006 BANSHEE : Spirits Of Hell
Band oldskool black/death BANSHEE telah memperdengarkan lagu berjudul 'Spirits Of Hell' melalui ruang myspace mereka. Sila lawati laman tersebut dan berikan komen jujur anda terhadap lagu tersebut.
www.myspace.com/banshee666

02.01.2006 LIPROSYS : EP Dalam Pembikinan
Pemain gitar utama iaitu Shadique Armani (www.myspace.com/shadiquearmani) memaklumkan bahawa band Melodic Death Metal beliau LIPROSYS (ringkasan LIMITED PRODUCTION SYSTEM) pada masa ini sedang sibuk dengan sesi rakaman untuk rilisan sebuah EP yang dijangka siap sepenuhnya awal Februari 2006 nanti.
www.myspace.com/liprosys

01.01.2006 FATAL TRAGEDY : Mencari Gitaris
Ditubuhkan pada Ogos 2003, kumpulan black metal melodik FATAL TRAGEDY sedang mencari seorang pemain gitar yang cenderung ke arah muzik metal dan tinggal di sekitar kawasan Petaling Jaya. Hubungi mereka sekiranya berminat.
www.i-bands.net/audiovault/bands/1292

01.01.2006 VARICOSE VEIN : Rilis Semula "Humanity Sickness"
VARICOSE VEIN memberitahu bahawa Kaset EP "Humanity Sickness" yang telah dikeluarkan oleh NO ACTION TAKEN DISTRIBUTION pada tahun 2001 dahulu telah diriliskan semula dalam bentuk CD dan boleh diperolehi pada harga RM7.00. Gunakan wang pos atas nama KHAIRUL HAFIZI BIN SAAD dan kirimkan kepada: Khairul Hafizi Bin Saad, Lot 44, Jalan Permai 3, Selayang Permai, 68100, Batu Caves, Selangor.
www.myspace.com/varicosevein

01.01.2006 LANGSUYR : T-Shirt Terbaru
T-shirt terbaru LANGSUYR kini boleh diperolehi di NEBIULA'S HEAVY METAL SHOP (Lot 153, Tingkat 1, Campbell Plaza, Kuala Lumpur). Stok terhad. Harga RM35.00 sehelai. Rekabentuk t-shirt di www.sekodeng.com/langsuyr.
www.myspace.com/langsuyrband

 
KEMBALI

 

Hosted by www.Geocities.ws

1