Hosted by www.Geocities.ws

BERITA

06.03.2006 | TEKS: AKHIRUDDIN | INFO: DARK-E
 

SIL KHANNAZ : Rakaman Album Baru

 

Laporan telah diterima mengatakan kumpulan Death Metal yang agak lama di persada seni metal tanahair ini iaitu SIL KHANNAZ dijadualkan akan mula merakam untuk album terbaru mereka sekitar bulan April nanti. Gitarisnya Dark-E yang juga merupakan tunjang utama band VOCIFERATION ETERNITY memaklumkan proses pembikinan album tersebut akan dijalankan di dua buah studio yang berasingan di mana satunya untuk sessi rakaman manakalanya untuk peringkat mixing & mastering di studio yang lain pula.
 
Album yang masih belum ditetapkan judulnya lagi ini bakal menemui peminat muzik metal tempatan pada 6 Jun 2006 nanti (sempena tarikh 06.06.06 mungkin?). Menurut Dark-E lagi, album kali ini merupakan album SIL-KHANNAZ yang paling tinggi nilai kepelbagaiannya kerana semua anggota kumpulan terlibat secara langsung dalam proses gubahan dan susunan lagu-lagu baru.
 
Berdasarkan sumber yang diperolehi dari laman Metalterus.com.my, antara lagu-lagu yang bakal dimuatkan dalam album baru SIL KHANNAZ ini adalah seperti berikut:

- Hakikat dan Seruan
- Purnama 13
- Intravina Tantrika
- Al Hulm Al Araq
- Berdiri Antara Panji-Panji
- Kekasih Abadi
- Santapan Campa
- Mastika (Besi Hitam)
 
Terdapat desas-desus mengatakan bahawa kemungkinan besar ini merupakan album terakhir daripada SIL KHANNAZ namun kesahihan perkara ini belum boleh disahkan lagi. Baru-baru ini mereka telahpun meriliskan SIL KHANNAZ ROCKUMENTARI sebagai hadiah kepada peminat yang telah lama menyokong perjuangan mereka.

 
KEMBALI
 
Hosted by www.Geocities.ws

1