|
Setelah
menyumbangkan sebuah lagu berjudul 'Sacred' untuk kompilasi Metal To
Metals terbitan bersama Metalterus.com.my dan Ultra Hingax Production,
ORION diberitakan akan merakam untuk album sulung mereka yang bakal
memuatkan sejumlah 12 buah lagu. Akan tetapi mereka kemudiannya menyepikan
diri tanpa sebarang perkembangan. Rupa-rupanya mereka bukan sengaja
bersembunyi. Mereka sebenarnya berkurung menyediakan diri dan material
yang cukup sempurna untuk rakaman album yang dimaksudkan.
Band dari Kuala Lumpur yang memperjuangkan konsep Power Melodic Metal ini
memaklumkan akan mula memasuki studio pada pertengahan bulan Mac 2006
nanti setelah tertunda dari jangkaan awal Januari yang diwar-warkan
sebelum ini. Avenue One Studio di Bandar Tasik Selatan telah dipilih bagi
tujuan rakaman tersebut. Turut dimaklumkan bahawa ORION akan menggunakan
khidmat jurutera bunyi yang sama ketika rakaman 'Sacred' iaitu saudara
Kang.
Menurut Badang yang merupakan vokalis kumpulan ini, tempoh rakaman
tersebut mungkin memakan satu jangkamasa yang agak panjang demi
menghasilkan suatu produk yang benar-benar berkualiti dan menepati
citarasa. Tarikh siapnya belum dapat ditentukan. Kita cuma hanya perlu
sabar menunggu bagaimana hasilnya nanti. Selamat Merakam ORION… Semoga
Berjaya!
Hubungi [email protected]
atau [email protected]
untuk maklumat selanjutnya. |