BERITA

06.03.2006 | TEKS: AKHIRUDDIN | INFO: MORGGORM
 

MORGGORM : EP Bakal Diriliskan

 

Lanjutan dari kejayaan penghasilan Promo 2005 "New World Prosecution" yang mendapat perhatian dari kalangan peminat thrash/death metal tanahair, MORGGORM bakal muncul dengan sebuah EP tidak lama lagi. EP yang diberi judul "Cruelty Devastation" bakal memuatkan 4 buah lagu dan juga sebuah lagu saduran dari SLAYER iaitu 'Postmortem'. Salah satu tajuk lagu yang turut dimuatkan dalam EP ini adalah 'Mutation From Devastation'. Menurut pihak band berkenaan, konsep muzik yang ditampilkan dalam EP ini masih mengekalkan Thrash Metal sebagai tunjangnya sebagaimana yang telah diketengahkan melalui promo terdahulu tetapi difahamkan corak permainan dan persembahannya lebih pantas dan agresif. "Cruelty Devastation" telah selesai dirakamkan di studio milik mereka sendiri iaitu Morggorm Music Studio. Segala proses rakaman, mixing dan mastering telah dikendalikan oleh anggotanya iaitu Ariyus dan King. EP ini juga bakal diterbitkan di bawah label kepunyaan mereka juga, Morggorm Music.

[email protected] | www.myspace.com/morggorm

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1