BERITA

05.03.2006 | TEKS: SUFIAN | INFO: LOGIC SYSTEM
 

LOGIC SYSTEM : Menyerang Tanpa Belas Kasihan

 

LOGIC SYSTEM tidak membawa apa-apa maksud, ditubuhkan seawal tahun 2005. Muzik mengikut pemikiran sendiri dan aspek-aspek yang dapat difikirkan oleh semua asalkan semuanya bertenaga dan berfikiran luas tanpa belas kasihan. Band dari Seri Manjung, Perak ini dianggotai oleh 6 anak muda iaitu Pe'no (vokal), Erwan (vokal kedua), Epoi (gitar utama), Ejat (gitar), Keylatt (bass) dan Shahril (dram).
 
LOGIC SYSTEM tegas dengan prinsip perjuangan dan tugas untuk menyatukan semua genre dari segenap scene muzik di Malaysia. Pengaruh muzik sehampir Alexisonfire, Atreyu, Keepsake, Finch, At The Drive In, Fugazi, GlassJaw, Snapcase, Bullet For My Vallentine, Norma Jean, Hand To Hand, AFI dan Jimmy Eat The World. Sebagai material untuk LOGIC SYSTEM, kebanyakan lagu mereka menyentuh tentang kehidupan, perasaan, peperangan, masyarakat, kebencian.
 
LOGIC SYSTEM melakukan persembahan pertama di Cosway Hall, Manjung pada bulan Ogos 2005 bersama Bleeding Mascara dan beberapa band lain. Gig kedua sekali lagi di Manjung, persembahan ketiga di Sungai Siput, Perak bersama dengan Bleeding Mascara dan band-band skinhead yang ada dan baru-baru ini di tempat sendiri juga di Cosway Hall, Manjung bersama dengan band-band dari Kedah.
 
LOGIC SYSTEM siap sedia merakamkan demo pertama di bawah Bacteria Records. Demo ini bakal memuatkan pilihan material yang ada, antaranya Sick Sick Sick Ride, Bad Hair Day, Pleasure Turns Preassure, Last Kiss Before I Die dan beberapa lagi. Kebiasaannya mereka ke Studio Cosway Manjung untuk jamming, wajib setiap minggu untuk bagi memantapkan kemahiran dan supaya lebih menarik bentuk muzik yang mereka mainkan.
 
Untuk mengenali lebih dekat LOGIC SYSTEM, sila ajukan sebarang pertanyaan kepada [email protected] atau www.myspace.com/Logicsystem.

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1