BERITA

13.02.2006 | TEKS: AUKS | IMEJ: AUGURMASTER
 

Promosi : Kompilasi METAL TO METALS

 

Kompilasi Metal To Metals merupakan sebuah kompilasi yang tercetus daripada sebuah forum rasmi bagi komuniti Metal Terus yang mana kelahirannya adalah bertujuan untuk memberi laluan kepada kemunculan tenaga baru di dalam persada metal tanahair yang kurang mendapat perhatian yang sewajarnya. Bermula dari perbincangan yang diilhamkan oleh saudara Sufian (Nathias), sambutan daripada ahli-ahli forum semakin serius sehingga beberapa orang telah menawarkan diri untuk mewujudkan satu urusetia yang akan merealisasikan idea tersebut. Kompilasi yang dihasilkan ini dilihat sebagai penuh bererti kerana penglibatan secara menyeluruh oleh komuniti Metal Terus sendiri. Secara tidak langsungnya kompilasi ini diterajui oleh Ajak (UHP) untuk menjayakannya kerana beliau orang yang sesuai dalam menyelaras setiap cadangan malah kompilasi Metal To Metals ini juga dikeluarkan di bawah label beliau iaitu Ultra Hingax Production.
 
Langkah dimulakan dengan membuka penyertaan kepada kumpulan-kumpulan muzik metal tanah air yang ingin menyertai dengan menghantar material-material mereka untuk dinilai. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan setelah dinilai sebanyak 11 kumpulan telah dipilih dan sebuah kumpulan lama dijemput bagi memeriahkan kompilasi ini. Antara kumpulan yang turut menjayakan kompilasi ini ialah seperti Everlasting Tales, Orion, In Torment, Penakluk, Dusk, Violator, Shamanic Rites, SickSociety, Inhumane Sufferance, Nefariuos Azarak, Negation dan Langsuyr. Setiap kumpulan diberikan masa selama sebulan bagi menyiapkan proses rakaman mereka. Atas dasar komitmen yang tinggi, kesemua lagu-lagu yang dirakam berjaya sampai ke tangan urusetia pada penghujung Ogos 2005.
 
Tanggal 25 September 2005, kompilasi yang diimpikan selama ini telah mula dilancarkan di Backroom, Kuala Lumpur iaitu bersamaan harinya dengan kedatangan gergasi thrash metal "KREATOR" ke Malaysia. Sambutan yang diterima amat menggalakkan terutamanya dari ahli forum komuniti Metal Terus sendiri. Pengedaran kompilasi ini diteruskan sehingga ke hari ini dengan mengunakan saluran distributor iaitu MUSIC TRAX dan juga wakil-wakil yang menawarkan diri secara sukarela untuk diedarkan di kawasan masing-masing. Pada sesiapa yang berminat untuk memiliki kompilasi ini ataupun mahu menjadi pengedar bolehlah menghubungi saudara Man di talian 012-3829343.

Senarai Lagu:

In Torment - Blood, Red, Die…
Nefarious Azarak - Subverted To Condone Atrocities
Dusk - Sutera Hitam
Orion - Sacred
SickSociety - Empathy Chaos
Shamanic Rites - Darkness In Silence
Violator - Lord Of Hell
Inhumane Sufferance - Cursed On You
Penakluk - Sang Penakluk
Everlasting Tales - Journey of the Majestic Quest: At the Gate of Rhuha
Negation - Major Panic (Die Standing)
Langsuyr - Sunut

Info Tambahan:
Untuk mendapatkan info bagi setiap kumpulan di dalam kompilasi Metal To Metals ini, sila kunjungi kompilasi.metalterus.com.my.

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1