|
GAYANG
KULINTANGAN REVOLT adalah satu nama baru dari negeri Sabah. Mereka
memainkan muzik Brutal Death Metal yang disatukan bersama irama
tradisional nusantara. Band ini baru sahaja merilis album pertama mereka
di bawah label sendiri iaitu VANIT VUSAK PRODUCTION dan sedang mencari
label/distro yang berminat sebagai wakil pengedar. Sila hubungi
[email protected] untuk
keterangan lanjut. Senarai penuh lagu-lagu yang dimuatkan dalam album "Misangod
Rondom" adalah seperti berikut:
1. Bantaan do Bangkavan
2. Susumangod Mosundu
3. Surmunggup
4. Misangod Rondom
5. Kinoposikan do Mondou
6. Bangkaak Rites
7. Under a Bornean Moon
Sebagai pengenalan, 2 buah lagu contoh 'Susumangod Mosundu' dan 'Misangod
Rondom' diperdengarkan di i-bands.net untuk diberi maklumbalas.
Layari:
www.i-bands.net/audiovault/bands/694 |