BERITA

02.02.2006 | TEKS: SUFIAN | INFO: ZIZI AMRI
 

Promosi : ASYLUM INDUSTRIES MUSIC NEWSLETTER - Isu Kedua

 

Isu kedua ASYLUM INDUSTRIES MUSIC NEWSLETTER telah sedia diterbitkan. Dapatkan segera newsletter yang disebarkan secara PERCUMA ini sementara stok masih ada. Anda hanya perlu mengirim sampul surat (beralamat sendiri) dengan tampalan setem RM0.30 ke alamat yang akan dinyatakan di bawah nanti.

KANDUNGAN: Isu kali ini membawa lebih banyak artikel promo menampilkan band seperti VIOLATOR (Malaysia), EN DECLIN (Itali), TOXEMIA (Filipina), NECROTIC CHAOS (Malaysia), COUP DE GRACE (Filipina), CROWHEAD (Norway), DESPAIRATION (Jerman), DISLOCATED CEREBRUM (Malaysia), THE CARNIVAL (Finland), TOOL OF THE TRADE (Malaysia), NAILGUNNER (Finland), BLOODSHRINE (Finland), SCENT OF FLESH (Finland), FUNERAL OATH (Finland), ANTARKTIS UTOPIA (Finland) dan laporan tahunan dari SYMPHONIC BLAST PRODUCTION (Malaysia). Anda juga dihidangkan dengan sesi wawancara bersama entiti blackmetal ASTRAY dari Finland dan wira Symphonic Epic Metal tempatan EVERLASTING TALES. Selain dari itu, beberapa ulasan album/demo turut dimuatkan beserta sebuah peraduan GRIND YOUR HEAD di mana 5 keping split cd TORTURE INCIDENT & BRUTAL INSANITY disediakan sebagai hadiah, ditaja oleh CHOP2DEATH RECORDS (Malaysia).

Pihak ASYLUM INDUSTRIES MUSIC PRODUCTIONS dan BLODCRIMINAL PROMOTION SERVICES akan meneruskan usaha mendapatkan sebarang sumbangan dari mana-mana label / band / zine / penganjur gig dan sebagainya untuk dimuatkan dalam newsletter isu seterusnya yang mana dirancang untuk diterbitkan sekitar April 2006. Sila hantarkan info, promo atau apa sahaja yang berkaitan dengan aktiviti anda SEBELUM 15 Mac 2006.

Alamat untuk dihubungi:
ASYLUM INDUSTRIES MUSIC PRODUCTIONS
BLODCRIMINAL PROMOTION SERVICES
M4-4-05 / MERAK APARTMENT / JALAN URANUS U5/125
SECTION U5 / 40150 SHAH ALAM / SELANGOR D.E / MALAYSIA

Telefon: +016 (342) 5020

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1