BERITA

22.01.2006 | Teks: SUFIAN | Info: PIKRAMA
 

METAL TERUS : Penubuhan Street Team

 

Untuk penyusunan semula Metal Terus, pihak pengendali laman MetalTerus.com.my berkenaan telah menubuhkan STREET TEAM METAL TERUS. Street Team Metal Terus ini sebenarnya telah lama tertubuh dengan beberapa ahli sebelum ini, tetapi kali ini mereka mengumumkan secara terbuka kepada semua individu tanpa mengira anda peminat Metal, Extreme Metal, ataupun seorang Rocker. MetalTerus.com.my bukanlah mementingkan ideologi, bagi mereka apa yang paling penting ialah MUZIK semata-mata!!!

"Pintu kami sentiasa terbuka. Anda perlu tahu! Kami di sini mengamalkan kebebasan meluahkan pendapat. Setelah bertahun-tahun kami tidak pernah bertelingkah kerana perbezaan pendapat antara editor kami. Bagi kami ia hanyalah pandangan peribadi", kata Pikrama, ketua editor MetalTerus.com.my.

BIDANG TUGASAN STREET TEAM METAL TERUS:

- Melaporkan segala aktiviti muzik di kawasan anda ataupun aktiviti rakan-rakan anda yang anda ketahui dan beritahu secara terus ke Meja Pengarang (melalui sms ataupun emel) ataupun MetalTerus.com.my akan memberikan anda laluan (access) terus untuk memasukkan segala berita di ruangan Berita Dalam dan Luar Negara.

- Jika anda berminat menulis untuk mengisi masa lapang ataupun anda mempunyai rencana (hanya berkaitan muzik) dan tiada tempat untuk memaparkannya, anda boleh mempraktikkannya di MetalTerus.com.my (rencana berkaitan peribadi tidak akan dipaparkan).

- Anda mestilah komited untuk bersama Street Team Metal Terus walaupun sekadar mengisi masa lapang kerana pihak pengendali laman ini serius dengan apa yang mereka buat di MetalTerus.com.my walaupun ianya tidak mendatangkan apa-apa keuntungan.

MINAT MENYERTAI STREET TEAM METAL TERUS?

Anda boleh emel ke [email protected] jika anda menyetujui perkara-perkara di atas. MetalTerus.com.my tidak dapat memberi apa-apa sebagai balasan. Apa yang dapat dilakukan ialah memberikan anda akaun emel MetalTerus.com.my di mana nama id adalah pilihan anda sendiri.

INFO LANJUT: www.metalterus.com.my

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1