|
Seperti
yang dijadualkan, SICKSOCIETY akan terlibat utk membuat persembahan di
dalam acara tahunan GERILYA MUSIK UNDERGROUND ke-9 di Jakarta bersama band
Indonesia yang lain seperti SIKSAKUBUR, PANIC DISORDER, PURGATORY, FINAL
ATTACK dan banyak lagi. Tarikh tersebut seperti mana yang telah diketahui
umum sebelum ini di mana acara tersebut akan dilangsungkan pada 11
Februari 2006. Atas beberapa masalah pihak penganjur dan penaja, acara
tersebut telah DITUNDA pada tarikh 26 Februari 2006 dan masih berlangsung
di tempat yang sama iaitu Dewan Utama Universiti Jayabaya, Jakarta.
SICKSOCIETY juga akan menggunakan khidmat RAZMAN (ex-HALUN/FARASU) di
posisi guitar dan samada AMY (ARSONVEIL) atau MUIX (band goth HEAVEN'S A
DREAM) merangkap pemain bass. Kemungkinan juga mereka akan menjadi ahli
tetap/warga SICKSOCIETY selepas pengunduran ALEP (guitaris) sementara
pemain bass asal, ALFUCK mengambil keputusan untuk berehat buat seketika.
Sejurus selepas persembahan di Jakarta, SICKSOCIETY juga dijadualkan
beraksi dalam satu lagi temasya muzik metal di Bugis, Singapura
"Metalindusties-3" bersama 2 lagi band tempatan IN TORMENT dan NEFARIOUS
AZARAK, bersama beberapa lagi band metal sekitar Singapura dan juga dari
Brunei. Metalindustries-3 juga merupakan siri Metalindustries yang
terakhir, dimana SICKSOCIETY sebelum ini pernah juga terlibat dengan
Metalindustries-2 bersama MANTAK, ARBITRARY ELEMENT, SINS OF A CURSE dan
banyak lagi. Temasya Metalindustries-3 kali ini dijadualkan pada 11 Mac
2006 (bukannya 18 Mac seperti yang diberitakan sebelum ini) yang akan
berlangsung di Beat Merchants, Singapura.
www.myspace.com/sicksociety |