|
Metalis
Sarawak SHAMANIC RITES telah merilis dan mula memasarkan produk terbaru
sebuah EP berjudul "Ultimate Collection of Unholy Power" yang mana
sebenarnya himpunan lagu-lagu lama band tersebut dengan tambahan beberapa
buah lagu ciptaan baru. Rilisan ini dikeluarkan dalam bentuk cetakan
profesional di bawah label EASTERN VOICE PRODUCTION. Sebelum ini, SHAMANIC
RITES pernah diketengahkan dalam sebuah album split iaitu "Union Of
Eastern Legacy" bersama band CROXOUS, SOULSICK dan MAJUSIAH rilisan oleh
RECLUSE PRODUCTIONS. Berkaitan dengan urusan jual-beli EP "Ultimate
Collection of Unholy Power", anda boleh membuat pesanan terus ke pihak
label dengan mengirim wang RM15. Boleh juga dapatkan maklumat awal melalui
talian 016-8765462 atau emel
[email protected].
Sila hubungi:
Eastern Voice Production
P.O Box A433
93808, Kenyalang Park
Kuching - Sarawak
Wakil pengedar dikehendaki oleh pihak Eastern Voice Production yang
menawarkan harga pukal yang cukup istimewa. Berminat? Hubungi mereka
sekarang! |