|
NECROTIC
CHAOS telah merilis sebuah album mini bertajuk "Black As The Insect"
melalui label tempatan ULTRA HINGAX PRODUCTION. Difahamkan material dalam
mini album ini asalnya dirancang untuk sebuah split dengan IMMORTAL FLESH
dari Amerika Syarikat akan tetapi atas sebab masalah dalaman band
berkenaan, maka diputuskan material NECROTIC CHAOS dirilis berasingan.
Album mini ini menampilkan pemuzik dari band LANGSUYR iaitu Azman di
posisi bass dan Azlan sebagai vokalis (kedua-duanya menggantikan tempat
Azhar, juga dikenali sebagai Adik yang telah meninggalkan band ini)
bergabung tenaga bersama ahli anggota lama; Jadam, Jo’O dan Wira. "Black
As The Insect" mengandungi 4 buah lagu iaitu:
1. Black As The Insect
2. Immaterial Majesty
3. It's Depth Unpenetrable
4. My Oath For Thee
Lagu 'My Oath For Thee' adalah saduran dari LANGSUYR yang mana dimainkan
dengan cara lebih laju dari versi asal. Material yang ditonjolkan dalam
"Black As The Insect" dikatakan lebih brutal berbanding album penuh
pertama mereka dahulu iaitu "Regime Grotesque". Petikan contoh lagu-lagu
dalam album mini ini boleh didengari di:
www.metalterus.com.my/necrotic/necrotic.html.
Layari:
www.necrotic-chaos.com |