|
Dilihat
sebagai salah-satu kejayaan bermakna buat scene metal ekstrim seluruh
Malaysia secara amnya, band dari Sabah iaitu MANTAK telah menandatangai
kontrak merilis beberapa album dengan sebuah label dari Peranchis iaitu
DRAKKAR PRODUCTIONS. Band ini dijadualkan memasuki studio dalam bulan
Februari 2006 nanti untuk merakam album ketiga mereka, dan yang pertama
bersama Drakkar. Difahamkan album ini bakal memuatkan 10 buah lagu termasuklah
sebuah lagu saduran.
Sebelum ini MANTAK telah merilis sebuah vinil 7" berjudul "Eastern
Sexxxrigalust" di bawah sebuah lagi label Peranchis iaitu LEGION OF DEATH
RECORDS. Material ini telah dirakam di Nebiula Sound Recording Studio (Jurutera
Bunyi: Jadam & Jaie Jokhannaz) mengandungi 4 buah lagu seperti berikut:
1. Rape Hell in Satan's Coven
2. The Borneo Chaosmakers
3. Thy Devillish Drama (Thy Sexxxmageddon)
4. Tormentor (saduran Kreator)
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan 7" EP ini, sila hubungi melalui
emel [email protected]
atau [email protected]
ataupun menulis terus kepada Naz di alamat No. 195, Fasa 1, Lorong Bunga
Fatuma 10, Rumah Murah Kepayan, 85200 Kota Kinabalu, Sabah.
Layari:
www.mantakdeviant.cjb.net |