BERITA 17.01.2006

Teks: Amin
 

RATOR : Bakal Rilis Album Sulung

 

Band lagenda RATOR mahu mengotakan janji kebangkitan semula mereka ke persada muzik metal tempatan. Apakah mimpi kita selama ini untuk akan menjadi realiti? RATOR yang kini terdiri daripada Roslee Hassan (vokal/gitar/dram) dan Dead Zull (bass) khabarnya telah selesai menjalani proses rakaman album sulung mereka yang bakal dijudulkan "Possessed 2005". Album ini akan memuatkan 8 buah lagu dan juga versi gubahan semula material lama dari demo 1989 "Evil Symphony"; mengandungi lagu-lagu seperti 'Spell From Fire', 'Death Metal Warrior' dan 'On Sin'. Turut dimaklumkan bahawa "Possessed 2005" secara tentatifnya akan rilis sekitar awal 2006 ini melalui label MUZIK BOX PRODUCTION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi [email protected].

Layari: www.muzikboxproduction.cjb.net

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1