|
DARKREGIME
terus melangkah dengan berani dalam menongkah arus kekejaman media
tanahair. Umpama pejuang yang dahagakan darah, 2 orang anggotanya iaitu
Ozzymay (vokal/bass) dan Jeff (dram) telah mara ke Lembah Klang untuk
bergabung dengan 2 orang lagi ahlinya iaitu Essey (gitar) dan Wan
Slaughter (gitar). Pada petang 2 Januari 2006, dengan ditemani oleh
beberapa orang rakan, DARKREGIME telah memulakan langkah gagah memasuki
sebuah Studio Rakaman di Subang (pemilik studio minta dirahsiakan). Dua
buah lagu telah dirakam selama 2 hari iaitu 'Cursed War' (siap sepenuhnya)
dan 'Rise Of Regime Emperor' (belum selesai). DARKREGIME dijadualkan
menyambung semula rakaman lagu selebihnya pada penghujung Januari atau
awal Februari nanti yang mana khabarnya akan merakam 3 buah lagi lagu
ciptaan terbaru mereka disamping menyudahkan proses memasukkan bahagian
vocal dan solo gitar untuk lagu 'Rise Of Regime Emperor'. Nantikan
terbitnya mentari dari Bumi Tok Janggut. |