BERITA 05.01.2006

Teks: Sufian | Info & Foto: Haizan 
 

KURASAKUASA : Kuasa Grindcore Sarawak

 

KURASAKUASA telah ditubuhkan pada Februari 2003. EKSTRIM beranggapan KURASAKUASA sebuah nama band yang agak menarik. Bila ditanya asal idea dan maknanya kepada band itu sendiri, Haizan menjawab, "Terima kasih kerana memuji nama band ini.. kami tidak sangka ada juga orang suka nama band ini kerana ia adalah tajuk nama lukisan... lukisan itu cuma ada gambar kerusi sahaja.. jadi sehingga sekarang kami tidak tahu apa makna tajuk lukisan tersebut dan siapa pelukisnya... jadi bagi kami nama band ini hanyalah sekadar nama sahaja... maknanya kita boleh fikirkan sendiri..".

Line-up awal penubuhan terdiri daripada Haizan (gitar), Wak (dram), Sawai (vokal), Ajis (vokal) dan Kanang (bass). Dengan line-up ini mereka telah melahirkan demo pertama kami yg bertajuk o-yeah demo 2003. Sebagaimana kebanyakan band lain, KURASAKUASA juga melalui fasa perubahan ahli anggotanya. "Setelah kelahiran o-yeah demo 2003, berlaku pertukaran line-up di mana Ajis, Sawai dan Wak telah keluar dari band ini kerana mereka terpaksa belajar dan kerja di luar dari Sarawak... jadi saya mengambil Boi untuk bermain di posisi bass dan Kriss di posisi drum... dan Kanang mengambil alih tugas vokal.. saya masih dengan posisi asal iaitu gitar", ujar Haizan. Selepas itu KURASAKUASA telah menghasilkan split dengan band dari melaka iaitu DURJANA84. Pada tahun 2005 Kriss dan Kanang tidak lagi bermain untuk band ini kerana komitmen kerja. Line-up KURASAKUASA sekarang ialah Ezai (vokal), Haizan (gitar), Boi (bass) dan Said (dram).

EKSTRIM turut meminta supaya didefinasikan bagaimana bentuk muzik yang dibawa oleh KURASAKUASA? Juga tentang mengapa memilih stail tersebut dan band-band seperti manakah yang mempengaruhi pembentukan muzik band? Dijelaskan oleh Haizan, "Kami memainkan konsep Grindcore. Kami memilih muzik Grindcore kerana minat kami terhadap muzik tersebut dan sebelum ini kami memang meminati band-band grindcore... band-band yang banyak mempengaruhi kami ialah seperti Nasum, Gride, Parkinson, Unholy Garve, Terrorizer, Napalm Death, Extreme Decay, Demisor, Mass Separation dan banyak lagi... Kami lebih terpengaruh kepada band yang bermesejkan politikal… itu sahaja". Terimalah KURASAKUASA, kuasa baru muzik Grindcore yang berasal dari Petra Jaya, Kuching, Sarawak ini.

Layari: www.myspace.com/kurasakuasa

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1