BERITA 05.01.2006

Teks: Sufian | Info & Foto: Fidaiyyin 
 

FARASU : Akan Masuk Studio

 

FARASU akan masuk studio dalam bulan Febuari 2006 untuk merakam material terbaru mereka. 4 buah lagu dirancang untuk dirakamkan termasuklah sebuah instrumental (outro). FARASU masih memikirkan format material tersebut samada untuk dijadikan demo kedua atau EP.

FARASU sebelum ini telah menghasilkan demo pertama, "A Millenium of Madness" yang dikeluarkan/dirakam pada tahun 2003 lalu. Terdapat 6 buah lagu dalam demo ini iaitu:
1.Corethumb
2.Shadows of life
3.Sapphire
4.Serpent Screamer*
5.Bath in Sin*
6.Sapphire (rough mix)
*cover song/Athotorgh

Dalam tahun 2005, sebuah promo iaitu "Midnight Evil Spirit - Promo CD" dikeluarkan. Akan tetapi atas kelemahan usaha promosi mengakibatkan kewujudan & pengedaran Promo CD ini tidak diketahui secara meluas.

Sila hubungi FARASU di alamat:
115A Kg Batu 3 Mantau,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan.

Emel: [email protected] atau [email protected]
Web: www.farasu.cjb.net atau www.myspace.com/farasu

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1