|
ThrovotokS
adalah sebuah kugiran metal yang dijelmakan dari Ampang pada awal tahun
2003 dan diterajui oleh enam orang anak muda iaitu Hadi, Tarm, Dunt, Yus,
Badak dan Ijat diawal penubuhannya. Pada awal kemunculan, mereka hanya
memainkan lagu-lagu cover berentak komersil seperti yang sering kedengaran
di corong-corong radio dan kaca TV. Setelah setahun penubuhannya, Yus,
Tarm dan Badak telah meninggalkan band ini kerana tidak dapat memberikan
komitmen seperti yang diharapkan. Setelah berlaku beberapa rombakan dan
evolusi terhadap muzik mereka, bermula dengan memainkan muzik-muzik
komersil kemudiannya membawa konsep punk rock, kini mereka beralih angin
dengan memilih genre metal sebagai konsep kepada band mereka.
Beberapa siri demo ThrovotokS sebelum ini adalah lebih kepada melodi Punk
Rock. Bermula dengan penglibatan secara aktif bermain dalam beberapa siri
jam session dengan band-band pelbagai genre metal dan hardcore, mereka
mula meminati musik metal dan lahirlah sebuah lagi demo yang berkonsepkan
hardcore/metal yang diberi nama "The Starting That Will Never Ends". 4
buah lagu telah dimuatkan di dalam demo ini iaitu Latintro, Symphony of
Senorita, Memory of Live dan Starting That Will Never Ends. Hasil dari
kelahiran demo ini, mereka mula menjaja nama mereka dalam memperkenalkan
nama ThrovotokS di arena scene underground. Menurut mereka, demo
seterusnya iaitu demo yang keempat akan dirakamkan sekitar bulan Disember
2005 yang akan diberi nama "Bermulanya Sebuah Prohphaghandha". Kini
ThrovotokS muncul dengan line-up terkini iaitu: Thump (vokal pertama),
Kasha (vokal kedua), Mus (gitar pertama), Dunt (gitar kedua), Syam (bass)
dan Hadi (dram).
Hubungi: [email protected]
|