BERITA 31.12.2005

Teks: Sufian | Info: Symphonic Blast Production 
 

SYMPHONIC BLAST PRODUCTION : Kemaskini Akhir Tahun

 

SYMPHONIC BLAST PRODUCTION secara rasminya mengumumkan perubahan alamat laman web mereka dari yang terdahulu www.symphonicblast.com kepada url baru iaitu www.symphonicblast.net. Pihak pengurusan label ini juga sedang mengemaskini senarai pengemelan dalam pengkalan data symphonicblast.net. Dengan pindaan url laman tersebut juga, alamat emel mereka turut bertukar kepada [email protected] dan [email protected].

Rilisan akan datang: SBP 010 - GLOBAL DEFICIENCY "Victim of the System" EP dan SBP 011 - RECIDIVIST "Persistent Offender" EP akan segera dikeluarkan berkemungkinan pada pertengahan Januari 2006. Anda boleh muat-turun mp3 contoh lagu-lagu mereka di seksyen 'DOWNLOAD' dalam laman web symphonicblast.net.

Selain dari itu, SYMPHONIC BLAST PRODUCTION pada masa ini dalam usaha untuk menandatangani 3 kontrak bersama band tempatan dan juga dari Singapura iaitu BLOOD ON WEDDING DRESS (technical chaotic grind hardcore), INFINITE DELAY (mathematical grind/hardcore) dan ELEGY OF EULISZA (metal hardcore). Sebarang perkembangan lanjut berkaitan perkara ini akan dimaklumkan kemudian.

Turut diberitakan bahawa band brutal extreme grindcore TOOLS OF THE TRADE sedang dalam penyediaan beberapa komposisi terbaru untuk dimuatkan dalam album susulan mereka "Inmate Consumption" yang dirancang rilis pada pertengahan 2006 atau mungkin lebih awal.

Rakaman video "EXTREME ASSAULT FESTIVAL 2005" iaitu sebuah festival muzik ekstrim anjuran SYMPHONIC BLAST PRODUCTION telahpun disiapkan dan akan mula dipasarkan sebaik sahaja selesai kerja-kerja menyediakan kulit luar dan pelbagai perkara penting lain berkaitan rilisan video tersebut.

MAKLUMAT LANJUT:
www.symphonicblast.net
[email protected]
[email protected]

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1