BERITA 27.12.2005

Teks: Sufian | Info: Anorexia 
 

ANOREXIA : Pengambilan Gitaris Baru

 

EKSTRIM telah menerima perkhabaran tentang pengambilan gitaris Essey dari DARKREGIME ke dalam band Death Metal dari Banting, Selangor iaitu ANOREXIA. Berasaskan perbualan melalui MySpace.com, berikut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kemenyantz (gitaris) dari band ANOREXIA:

"Ya, berita tersebut memang benar. Setelah guitaris Dark Walker (SUZSBRIEA) terpaksa mengundurkan diri, saya telah berusaha mencari pengganti yang sesuai untuk mengisi posisi yang ditinggalkan kerana ini merupakan kali kedua posisi ini dikosongkan. Antara nama yang bermain di fikiran saya adalah Wan Slaugther (DARKREGIME), Math (SICKSOCIETY), Rimie (IN TORMENT) dan beberapa nama lagi yang bermain di kepala saya. Akhirnya Essey hadir menawarkan diri untuk bermain dengan band ini. Setelah selesai sesi audition, semua ahli berpendapat Essey memang sesuai menyertai band ANOREXIA ini. Dan di atas kebenaran Ozzymay (DARKREGIME), pada pertengahan Oktober 2005, ANOREXIA secara rasminya merekrut Essey sebagai guitaris band ini."

Dengan kemasukan Essey, line-up terkini ANOREXIA adalah:
- Kemenyantz "Killer" (gitar)
- R-Dib "the Goregod" (vokal)
- Norjeffai (bass)
- Essey (gitar)
- A-Longberg (dram)

Selain dari itu, turut diberitakan bahawa pada masa ini ANOREXIA sedang sibuk di studio menyiapkan proses rakaman untuk dimuatkan dalam kompilasi "PAKATAN MUZIC GHANNAZ BANTING" dan berkemungkinan ianya turut disertai oleh band WHISPERING AMOK.

Layari: www.myspace.com/anorexia

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1