BERITA 27.12.2005

Teks: Sufian | Info: Waxs Witchell
 

DEMONICAL CRISIS ASSEMBLY : Blood War Death

 

Band yang dibelenggu kontroversi sejak akhir-akhir ini iaitu DEMONICAL CRISIS ASSEMBLY memang tidak pernah mengaku kalah dengan situasi yang cuba meranapkan reputasi mereka selama ini. Mereka terus bangkit mengotakan janji perjuangan mereka dengan terbitnya Demo EP berjudul "Blood War Death" yang memuatkan sejumlah lima buah lagu di mana dua daripadanya pernah diketengahkan melalui Promo CD yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2005 yang lalu. Secara muzikal, DEMONICAL CRISIS ASSEMBLY masih mengekalkan konsep yang telah dibawa dalam promo terdahulu iaitu WAR METAL. Lagu-lagu yang terkandung dalam "Blood War Death" adalah:

1. Child Of Damnation
2. Internal Suffering
3. Die In Battlefield
4. Flag Ov Destroyer
5. Blood War Death

Menurut pemain dram mereka Waxs Witchell, tema lirikal yang dipaparkan melalui lagu-lagu dalam Demo EP ini kebanyakannya berunsurkan peperangan, kemusnahan dan kematian yang dilakukan oleh golongan rejim-rejim zionis. Oleh yang demikian sama sekali tidak timbul soal penghinaan terhadap agama atau pemujaan syaitan sebagaimana yang didakwa oleh sebuah makalah bulanan. "Kami tidaklah menawarkan sesuatu yang terlalu istimewa dalam Demo EP ini untuk dijadikan penyebab mengapa ianya perlu dimiliki oleh setiap peminat & pendengar muzik metal ekstrim, cuma sesiapa yang ingin mengenali dan mahu mengetahui DCA yang pernah digembar-gemburkan oleh MASTIKA, bolehlah mendapatkan demo DCA ini", ujar Waxs Witchell.

EKSTRIM turut dimaklumkan bahawa edaran Demo EP "Blood War Death" ini memang tidak akan ada dijual di pasaran terbuka mahupun pasaran gelap. Cara & kaedah untuk memperolehinya hanya penjualan tangan ke tangan ataupun melalui pesanan pos. Dijual pada harga RM10 / USD5, sila hubungi [email protected] sekiranya anda berminat untuk merasai kegilaan WAR METAL ciptaan DEMONICAL CRISIS ASSEMBLY.

Layari: www.i-bands.net/audiovault/bands/2201

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1